Tuesday, September 27, 2016

Adakah rekaan mereka digunakan untuk Syiling Peringatan?

Tahniah diucapkan kepada pemenang tempat pertama Pertandingan rekabentuk syiling BNM 2016 Muhammad Fikri dan Mohammad Haniff yang berjaya membawa pulang RM10,000 setiap seorang. Kedua-duanya adalah pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Persoalannya sekarang ini, adakah rekaan mereka digunakan untuk Syiling Peringatan?

Pereka duit syiling

Muhammad Fikri bin Abd Aziz-Syiling Peringatan 50 tahun Yayasan Sabah (kiri) dan Mohammad Haniff bin Halim-Syiling Peringatan 100 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (kanan).

Didalam laman web BNM tidak ada dinyatakan adakah rekaan mereka digunakan untuk kedua-dua syiling peringatan tersebut, hanya kenyataan akhbar mengenai pemenang Pertandingan rekabentuk syiling BNM 2016.

Di akhbar tempatan pada waktu itu juga, tidak ada dinyatakan mengenai mereka dan adakah mereka ini yang mereka duit syiling-duit syiling peringatan tersebut.

Bagi bukan collector, ianya adalah suatu perkara yang remeh, apalah pentingnya rekaan tersebut digunakan ataupun tidak yang penting mereka dah menang RM10,000.

Bagi ahli numismatik yang membuat kajian dan rujukan mengenai duit syiling, ianya adalah suatu rekod yang amat penting. Jika jawapan tidak ditemui sekarang, kita tidak pasti dalam masa 10 tahun lagi, adakah jawapan boleh ditemui.

Sebelum ini, untuk duit syiling peringatan RTM, ada dinyatakan siapakah pereka duit syiling tersebut didalam temubual khas ekslusif yang di adakan oleh RTM.

Bagi kami, ianya adalah suatu penghargaan untuk pereka duit syiling tersebut apabila namanya diumumkan sebagai pereka duit syiling.

Nama itu akan kekal sampai bila-bila berbanding dengan hadiah kewangan yang boleh habis didalam sekelip mata.

Jangan beritahu kami untuk bertanyakan maklumat ini daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kami dah beri sebab kenapa kami tidak mahu bertanya dengan BNM sebelum ini, sila baca: Bertanya hal numismatik kepada BNM?

Tahniah juga kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang boleh berjaya didalam bidang rekaan.

Tahniah sekali lagi kepada Muhammad Fikri bin Abd Aziz dan Mohammad Haniff bin Halim.

Jika sesiapa ada maklumat mengenai perkara ini, mohon kongsikannya kepada kami.

Terima kasih.

Sumber:
Gambar asal Muhammad Fikri bin Abd Aziz dan Mohammad Haniff bin Halim dari laman web Universiti Sultan Zainal Abidin.