Isnin, 10 November 2014

Syiling 100 tahun Tunku Abdul Rahman

Pada 31 Mac 2005, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun ke-100 keputeraan Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tiga jenis syiling peringatan telah dikeluarkan; Syiling RM100 Emas (peruf), Syiling RM10 Perak (peruf) dan Syiling RM1 Tembaga-Nikel (coincard). Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia.

Tunku Abdul Rahman

Reka bentuk sebelah hadapan ketiga-tiga duit syiling ini memaparkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia. Gambar itu dikelilingi dengan perkataan "Y.T.M TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ" dan tahun "1903-1990".

Manakala reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang Kerajaan Malaysia dengan perkataan “BAPA KEMERDEKAAN” dan nilai muka duit syiling tersebut.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 1 April 2005 di Coin Shoppe, The Royal Mint of Malaysia, Kompleks Kilang Wang, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40740 Shah Alam, Selangor D. E.

Duit Peringatan RM100 Emas (peruf) 100 tahun Tunku Abdul Rahman
duit emas tunku

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Peruf
Logam: Emas Au999.9
Nilai Muka(RM): 100 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 100
Diameter: 22.0 mm
Berat: 8.60g
Harga Jualan BNM: RM1,008.
Harga Pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit Peringatan RM10 Perak (peruf) 100 tahun Tunku Abdul Rahman
100 tahun Tunku

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak peruf
Logam: Perak Ag .925
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 200
Diameter: 35.7 mm
Berat: 21.7 g
Harga Jualan BNM: RM128.
Harga Pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Peringatan RM1 tembaga-nikel 100 tahun Tunku Abdul Rahman
1 Ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: tembaga-nikel (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 25,000
Garis Pusat (mm): 33.7
Berat(g): 16.8
Harga Jualan BNM: RM8
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf.
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan BNM: RM168
Harga pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf.
Tempaan: 100 set.
Harga Jualan: RM1,208
Harga pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.