Top 6 Duit syiling Malaysia termahal

Didalam artikel ini adalah senarai Top 6 Duit syiling edaran Malaysia termahal yang pernah dijual didalam acara lelongan awam. Pada masa ini, rekod duit syiling Malaysia termahal pernah dijual didalam acara lelongan awam adalah syiling 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura pada 4 Oktober 2014.

Kebanyakkan duit syiling didalam senarai ini adalah duit syiling yang dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau dulunya dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA). Koleksi Master Sifu Wong Hon Sum, collector dari Singapura yang biasanya dikaitkan dengan Wang Kertas JIM (Japanese Invasion Money) yang dilelong didalam acara lelongan tersebut sentiasa mendapat bidaan tertinggi kerana ia adalah koleksi yang mempunyai gred terbaik untuk syiling-syiling tersebut.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846

50 sen 1969

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.


2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769
copper clad steel

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli. Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.


3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942

50 sen 1968

Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli). Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.


4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253

1969 50 sen

Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55. Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.


5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600
50 sen 1967

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.


6. 1 sen 1976 Copper PCGS MS65 RD dilelong RM7550

rare coin

Pada 27 Mac 2013, semasa acara lelongan yang dianjurkan oleh Monetarium Singapore, duit syiling 1 sen 1976 copper telah terjual dengan harga RM7,550 (termasuk komisen dan cukai). Duit syiling tersebut digred oleh Professional Coin Grading Service (PCGS) "sebagai Bronze: 1-Sen 1976 (KM1) PCGS MS65 RD". Setakat ini masih belum diketahui siapa pemenang lelongan tersebut. Anda boleh membaca cerita lanjut disini;1 sen 1976 PCGS MS 65 RD Sold SGD2,600.


Info Duit Syiling 1 sen 1976, 1973 dan 1970
Bukan semua duit syiling 1 sen yang melekat magnet perlu di ambil perhatian oleh collector. Syiling biasanya diuji dengan magnet untuk pemeriksaan mudah, sama ada ianya menggunakan logam yang berbeza daripada logam asal. Untuk memudahkan anda, saya telah menulis mengenai syiling yang anda perlu periksa dengan magnet didalam artikel yang berikut; What coin need to test with magnet.

Info Duit Syiling 50 sen 1969 Milled edge dan security Edge
Kebanyakan duit syiling yang ada pada bukan collector adalah duit syiling security edge atau panggilan biasanya 50 sen berparit untuk tahun 1967, 1968 dan 1969. Anda boleh melihat disebelah tepi syiling itu terbelah dua dan ada garisan seperti parit ditengahnya. Syiling ini tidak mempunyai harga yang tinggi pada kondisi Very Fine sebab ianya mudah didapati pada ketika ini. Ianya menjadi semahal RM2800 apabila syiling 50 sen 1969 security edge itu mempunyai gred yang tinggi dan pada ketika ini amat sukar untuk mendapatkannya. Sila baca info lebih lanjut mengenai duit syiling ini di dalam artikel; 50 sen berparit 1967, 1968 dan 1969.


Kepada bukan kolektor yang berharap Duit syiling Malaysia termahal berharga berjuta-juta ringgit, harap maaf. Harga Syiling Malaysia belum lagi mencapai sehingga harga yang sedemikian. Mungkin suatu hari nanti apabila ramai orang sudah mula memandang kepada duit syiling Malaysia. Pada ketika ini pun, saya rasa sudah ramai yang mula mengumpul duit syiling lama di Malaysia. Syabas saya ucapkan kepada anda yang baru mula mengumpul. Teruskan mengumpul tetapi jangan pandang duit syiling itu pada nilai ringgitnya sahaja. Ada juga nilai-nilai lain yang sepatutnya anda hargai.

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.