Duit syiling Malaysia termahal

Apakah duit syiling Malaysia yang termahal setakat ini? Itu soalan daripada seorang pembaca berkenaan dengan duit syiling Malaysia kepada saya baru-baru ini. Beliau tidak menyatakan termahal itu daripada segi apa tetapi pada kebiasaannya, para kolektor memasukkan rekod duit termahal berdasarkan kepada harga yang di realisasikan melalui lelongan. Sebelum anda yang bukan Kolektor silap faham, apa yang dimaksudkan sebagai Duit syiling Malaysia yang ada dalam edaran seperti Duit Syiling Parlimen, Duit Syiling Bunga Raya dan juga Duit Syiling Siri Baru. Jika anda adalah kolektor, rasanya anda semua tahu ada satu duit syiling sahaja yang telah dilelong dengan harga yang tinggi, lebih tinggi daripada harga emas dan perak.

rare coin

Pada 27 Mac 2013, satu rekod baru telah dicipta sewaktu lelongan yang dianjurkan oleh Monetarium Singapore, duit syiling 1 sen 1976 copper telah terjual dengan harga RM7,550 (termasuk komisen dan cukai). Duit syiling tersebut digred oleh Professional Coin Grading Service (PCGS) "sebagai Bronze: 1-Sen 1976 (KM1) PCGS MS65 RD". Setakat ini masih belum diketahui siapa pemenang lelongan tersebut. Anda boleh membaca cerita lanjut disini;1 sen 1976 PCGS MS 65 RD Sold SGD2,600.

1 sen 1976

Lelongan Persatuan Numismatik Malaysia (Malaysia Numismatic Society-MNS) yang ke 149 pada 26 September 2011 di Jabatan Muzium Negara, Muzium Negara, Duit Syiling ini terjual dengan harga RM3600. Pada lelongan yang dijalankan oleh Collector Auction House di Singapura pada 28 July 2012, syiling ini telah terjual pada harga SGD1500 tidak termasuk cukai dan komisen (lebih kurang RM4100 termasuk cukai dan komisen). Berat syiling ini cuma 1.94 gm, cuba anda bahagikan dengan harganya. Lebih mahal daripada emas bukan?

Kenapa duit syiling ini mendapat harga yang agak mahal? Ini adalah kerana Duit Syiling 1 sen 1976 tembaga pada kondisi Brilliant Uncirculated adalah amat sukar untuk ditemui. Jika mengikut buku katalog Steven Tan, hanya ada lebih kurang 100 biji duit syiling tembaga berbanding dengan jumlah tempaan duit syiling tersebut sebanyak 27,406,103 biji.

Macamana nak tahu duit syiling 1 sen 1976 anda diperbuat daripada temabaga, anda boleh membaca artikel saya sebelum ini; 1 sen melekat magnet atau tidak. Jika anda menjumpainya dan ingin menjualnya, sila beritahu saya. Ramai kolektor yang ingin memiliki duit syiling ini jika ianya betul-betul tulen. Namun, jangan harap sangat yang ianya akan mencapai harga seperti diatas kerana tidak semua duit syiling mempunyai harga yang serupa. Saya tahu ada lagi duit syiling Malaysia yang sepatutnya mempunyai harga yang lebih mahal daripada ini. Namun, belum ada sesiapa lagi yang menjualnya melalui lelongan terbuka.

Kepada bukan kolektor yang berharap Duit syiling Malaysia termahal berharga berjuta-juta ringgit, harap maaf. Harga Syiling Malaysia belum lagi mencapai sehingga harga yang sedemikian. Mungkin suatu hari nanti apabila ramai orang sudah mula memandang kepada duit syiling Malaysia. Pada ketika ini pun, saya rasa sudah ramai yang mula mengumpul duit syiling lama di Malaysia. Syabas saya ucapkan kepada anda yang baru mula mengumpul. Teruskan mengumpul tetapi jangan pandang duit syiling itu pada nilai ringgitnya sahaja. Ada juga nilai-nilai lain yang sepatutnya anda hargai.


15 comments:

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.