Isnin, 23 Mei 2022

Jualan Syiling Peringatan 50 tahun LKIM

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan jualan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Ke-50.

duit LKIM

Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam satu majlis di Wisma LKIM pada 14 April 2022.

Syiling LKIM

Tulisan “50 TAHUN LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA” dipaparkan pada sekeliling kiri hadapan duit syiling. Imej pada syiling itu memaparkan pemandangan dari udara seorang nelayan menarik pukatnya. Pukat yang dipenuhi dengan ikan segar dari laut biru (syiling perak sterling berwarna sahaja) melambangkan kemahiran dan pengalaman nelayan itu serta rezeki yang terdapat di perairan Malaysia.

10 Ringgit LKIM

Bahagian Belakang memaparkan nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling, disusuli dengan logo rasmi jubli emas LKIM pada bahagian tengahnya. Ukiran ombak tiga dimensi (3D) melambangkan cabaran dan peluang yang dihadapi LKIM dalam memartabatkan industri perikanan. Nilai muka “10 RINGGIT” dan “1 RINGGIT” pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Duit Syiling Peringatan 50 tahun LKIM Perak Sterling Berwarna

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak Sterling Berwarna (pruf)
Logam: Perak Ag 92.5
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 50 tahun LKIM Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)



Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST)


Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai 10.00 pagi, Isnin, 23 Mei 2022 hingga 11.00 malam, Jumaat, 3 Jun 2022.

Orang ramai dinasihati supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan.

Nota: Semua harga termasuk 10% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).