Isnin, 6 April 2020

Demi Tanah Air: 60 Tahun Sebagai Bank Pusat

Pameran “Demi Tanah Air: 60 Tahun Sebagai Bank Pusat” bersempena ulang tahun ke-60 BNM dilancarkan di Sasana Kijang pada 13 December 2019. Ianya disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, cucunda kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

60 tahun BNM

Pameran tersebut di adakan daripada 16 Dis 2019 hingga 30 Jun 2020, jadi kepada anda yang masih belum sempat melawat pameran tersebut, bolehlah membuat lawatan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah selesai.

Untuk makluman anda, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) telah ditutup buat sementara waktu bermula sejak hari Isnin, 9 Mac 2020 sehingga diberitahu kelak. Penutupan ini adalah satu langkah pencegahan proaktif untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengunjung dan kakitangan Bank berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19 baru-baru ini.

Cek pertama BNM

Kepada anda yang berminat dengan sejarah negara dan juga numismatik, pameran ini adalah sesuatu yang anda wajib hadir. Ianya berkongsi pelbagai maklumat mengenai Bank Negara Malaysia sepanjang tempoh 60 tahun bermula daripada pembukaan Bank Negara Tanah Melayu yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tanggal 24 Januari 1959.

Wang Tanah Melayu


Seterusnya ke detik Bank Negara Malaysia menggantikan Lembaga Matawang sebagai pengeluar mata wang tunggal Malaysia pada tahun 1967. Pameran rekabentuk wang untuk Bank Negara Tanah Melayu juga dipamerkan.

Ada di antara rekabentuk wang tersebut tidak pernah dipamerkan oleh Bank Negara Malaysia sebelum ini. Anda boleh melihatnya di dalam artikel ini; Wang Kertas Cadangan di Pameran 60 tahun BNM.

sejarah BNM

Pameran ini lebih kepada berkongsi maklumat sejarah dengan memaparkan tulisan mengenai sejarah Bank Negara Malaysia pada dinding-dinding pameran. Tempoh masa sejam memang tidak cukup terutama kepada pengemar sejarah seperti kami.

Tabung Bank

Mesin cetak duit

unfit notes

Pameran ini turut mempamerkan lebih 100 bahan pameran berusia seawal 80 tahun lalu sehinggalah yang terkini. Ini termasuk, mesin pencetak dan plat pencetakaan ‘Duit Pisang’ yang terkenal di era pendudukan Jepun, wang kertas tidak sesuai (unfit notes) yang telah dirincihkan, buku lejer terawal yang merekodkan jumlah stok mata wang dalam edaran, telefon yang digunakan di Bilik Operasi semasa Krisis Kewangan Asia 1998, laporan- laporan tahunan lama, koleksi tabung vintaj serta evolusi etika pakaian kakitangan Bank sepanjang 60 tahun perkhidmatan.

Terdapat juga Cenderamata kenangan yang dikeluarkan bersempena dengan 60 tahun Bank Negara Malaysia. Anda boleh membaca maklumat lanjut didalam artikel ini; Cenderamata Ulang Tahun ke-60 BNM.

Butiran Pameran
Lokasi:
Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery
Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tempoh Pameran:
16 Dis 2019 hingga 30 Jun 2020
(Ditutup buat sementara waktu bermula sejak hari Isnin, 9 Mac 2020 sehingga diberitahu kelak)

Bayaran Masuk:
Masuk Percuma untuk semua pengunjung.

Untuk Keterangan Lanjut:
Hubungi: +603-9179 2784
Email: infomuseum@bnm.gov.my