Jumaat, 3 April 2020

2020 datang dengan mendung hitam

Kita sudah memasuki suku kedua ditahun 2020, Hari ke-17 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Coronavirus (COVID-19) yang menyerang seluruh dunia. Untuk pengetahuan rakan-rakan numismatik, syiling tahun 2020 sudah ada didalam edaran.

20 sen 2020

Acara numismatik Malaysia juga agak terbatas dengan PKP yang dikuatkuasakan, acara numismatik Trigometric Auction 11 yang sepatutnya di adakan pada 19 Mac 2020 terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak oleh Trigometric Sdn Bhd.

Penangguhan acara lelongan ini bersekali dengan penangguhan Pameran Wang Trigo kali ke-5 yang dijadualkan akan diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2020.

Pameran Wang

Ramai yang berharap untuk dapat membeli tiket Pameran Wang Trigo kali ke-5. Tiket dengan rekabentuk utama Kupu-kupu Rajah Brooke (Trogonoptera brookiana) itu dijual dalam bentuk sekeping dan uncut 2 dalam 1.

Di penghujung tahun 2019, terdapat beberapa isu kepada blog kami yang dikeluarkan oleh Google yang menyebabkan artikel kami tidak dapat di indeks oleh Google di ruang carian (Google Search) mereka. Alhamdulillah, isu ini akan selesai didalam beberapa hari lagi.

Kami ada banyak artikel-artikel tahun lepas yang tidak dapat kami kongsikan pada tahun lepas (2019). Justeru itu, jangan hairan jika kami kongsikan artikel-artikel tersebut bermula minggu hadapan.

Kepada bukan collector yang tertanya-tanya apa istimewanya syiling tahun 2020, para collector duit syiling menyimpan duit syiling mengikut tahun keluaran.

Jadi jangan berharap anda dapat jual syiling tahun 2020 pada harga mahal.

Semoga rakan-rakan semua mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dijauhkan dari jangkitan Coronavirus (COVID-19).

#StayAtHome
#COVID19Malaysia