Jumaat, 26 Julai 2019

Syiling 50 sen 1968 palsu

Semalam, Sifu Dickson Niew ada berkongsi mengenai syiling 50 sen 1968 Milled Edge palsu yang mempunyai kondisi Uncirculated. Sesiapa sahaja collector yang melihat duit syiling tersebut sudah pasti akan tertarik untuk membelinya ditambah lagi dengan harganya yang murah.

50 sen 1968

Syiling tersebut dikatakan dibeli dengan harga RM300 sahaja, sedangkan kebanyakkan collector tahu, syiling asli Milled Edge 50 sen tersebut mempunyai harga yang mencecah sehingga beribu Ringgit kerana agak sukar untuk mendapatkan syiling pada kondisi sebegini.

Kepada bukan collector, ini bukan syiling syiling 50 sen berparit ya, sila lihat betul-betul bahagian tepi syiling. Kepada bukan collector, boleh baca artikel kami sebelum ini; Syiling 50 sen berparit berharga sejuta Ringgit sekeping.

Apa yang membezakan syiling palsu ini dengan yang tulen adalah beratnya 9.28gm berbanding berat syiling 50 sen yang asal 9.33gm.

Suatu hari nanti, sudah pasti duit syiling palsu sebegini tidak mempunyai beza dengan duit syiling yang asli.

Selain daripada undang-undang yang tidak memihak kepada collector numismatik, sikap tamak penjual juga memainkan peranan didalam kebanjiran syiling-syiling palsu Malaysia bernilai tinggi.

Dengan kondisi duit syiling sebegini, sudah pastilah tidak menghairankan jika syarikat pengredan besar boleh tersilap langkah "memperakukan" syiling ini sebagai asli.

Seperti duit syiling 10 sen 1971 sebelum ini, apa yang membezakannya dengan yang asli hanyalah berat syiling tersebut dan sedikit kecacatan pada syiling palsu tersebut.

Semoga pihak berkuasa segera mengambil tindakan kepada penjual duit palsu ini.

Kepada rakan-rakan numismatik, ingatlah pesan Sifu Dickson Niew:

"Don't buy when it is too new to be true."
"Don't buy when it is too cheap to be true."
"Don't buy when it is too many to be true."