Rabu, 24 Julai 2019

Malaysia Bersih: Lirik & Lagu Hari Kebangsaan 2019

Untuk tahun 2019, lagu 'Malaysia Bersih' dipilih sebagai Lagu Hari Kebangsaan 2019. Lagu Malaysia Bersih ciptaan Muhammad Yuri Mohamed Idris dan lirik oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff. Lagu ini bertujuan untuk menyemai amalan budaya integriti dan menolak rasuah dalam kehidupan.

Lirik Malaysia Bersih

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) pada awal tahun ini mencadangkan supaya Lagu ‘Malaysia Bersih’ dinyanyikan dalam acara tertentu dan program rasmi kerajaan, selepas nyanyian lagu Negaraku. Ia supaya kita tidak lagi dikenali sebagai negara kleptokrasi dan kembali menjadi negara demokrasi.

Lagu Hari Kebangsaan 2018 'Kita Punya Malaysia' nyanyian kumpulan Bunkface akan terus digunakan pada tahun ini untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme.

Lirik Lagu Tema Merdeka 2019: Malaysia Bersih
Harapan semua
Moga kita berjaya
Bagai negara
Yang kekal merdeka

Amanah bangsa
Kita pikul bersama
Jadikan Malaysia bahagia

Asal budaya kita
Budi pekerti indah
Amanah jujur
Amalan kita

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Kita bina negara
Perangi rasuah
Kita satukan hati
Demi ibu pertiwi

Keutuhan jiwa
Membina nurani
Moga kita terus disanjungi

Harapan semua
Moga kita berjaya
Sebagai negara yang kekal merdeka

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Malaysia bersih
Harapan kita
Malaysia bersih
Harapan kita