Isnin, 8 April 2019

Medalion 50 Tahun Hari Kebangsaan - Airasia

Tidak dapat dipastikan bila tarikh sebenar Medalion 50 Tahun Hari Kebangsaan Airasia dikeluarkan secara rasmi. Namun, tahun 2007 pada waktu itu adalah sambutan 50 Tahun Hari Kebangsaan Malaysia dan juga tahun melawat Malaysia. Menurut maklumat tidak rasmi, medalion ini dijual sempena sambutan berkenaan pada tahun tersebut di kapal terbang Airasia.

Kad Medalion Airasia

Berdasarkan maklumat yang tertera didalam kad Medalion 50 Tahun Hari Kebangsaan Airasia, syiling ini ditempa oleh Royal Mint of Malaysia.

Tunku Abdul Rahman

Muka hadapan medalion ini memaparkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengangkat tangan semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia. Belakangnya memaparkan bendera Malaysia dan tulisan "TUNKU ABDUL RAHMAN" serta "MERDEKA" "1957-2007".

coin visit Malaysia

Muka belakang medalion pula memaparkan logo Tahun Melawat Malaysia tahun 2007 dengan berlatarbelakangkan bangunan Menara Kuala Lumpur, Menara berkembar Petronas dan bangunan Sultan Abdul Samad serta tulisan "CELEBRATING 50 YEARS OF NATIONHOOD".

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Nordic
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Tahun keluaran: 2007
Kuantiti Tempaan (mintage): Tidak diketahui
Garis Pusat (mm): 30
Berat(g): 8.80
Tebal (mm): 1.60
Harga Jualan Rasmi: ??
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medalion Peringatan Malaysia )

Tiada maklumat diterima berapakah harga jualan rasmi oleh Airsia dan juga jumlah mintage medalion ini.

Airasia medalion card

Kad medalion ini sudah pastilah memaparkan warna merah airasia dan juga maklumat berkenaan Malaysia yang sudah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun.

Air Asia Berhad adalah syarikat penerbangan tambang murah yang ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996. Pada 2 Disember 2001 Airasia telah dibeli oleh Tune Air Sdn Bhd, Syarikat yang dimiliki oleh Tony Fernandes. Airasia dibeli oleh Tune Air Sdn Bhd pada harga 1 Ringgit dengan beban hutang sebanyak 40 juta Ringgit. Pada tahun 2002, Airasia menghasilkan keuntungan dan melancarkan laluan baru dari habnya di Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya, tiket penerbangan di Malaysia dijual pada harga atas talian 1 Ringgit.

Anda ada maklumat lain mengenai Medalion 50 Tahun Hari Kebangsaan Airasia?