Rabu, 9 Januari 2019

Pameran Tun Ismail Ali: Peneraju Amanah & Integriti

Pameran Tun Ismail Ali: Peneraju Amanah & Integriti mencoretkan perjalanan hidup Tun Ismail Ali, daripada segi peribadi dan profesional, catatan falsafah, sumbangan serta pencapaian beliau. Pameran ini dibuka secara rasminya pada 8 Oktober 2018 dan sepatutnya berakhir pada bulan Disember 2018 (pameran masih lagi berlangsung untuk bulan Januari 2019).

Ismail Ali

Pameran ini di adakan sempena dengan Ulang Tahun 100 tahun Tun Ismail Ali (1918 - 1998), Gabenor Malaysia pertama Bank Negara Malaysia.

Ramai daripada rakan collector yang berharap syiling peringatan dikeluarkan untuk Allahyarham Tun Ismail Ali, sewaktu artikel ini ditulis, tiada maklumat rasmi mengenai syiling peringatan dikeluarkan untuk beliau. Namun, buku Tun Ismail, Paragon Of Trust And Integrity, yang ditulis oleh P. Gunasegaram ada diterbitkan oleh BNM. Namun, buku tersebut juga tidak ada dijual di kedai cenderahati Sasana Kijang, setakat ini.

Pameran ini menceritakan perjalanan hidup Tun Ismail Ali, dari zaman kanak-kanaknya di Klang, menjadi Cendekiawan di Universiti Cambridge dan ketika beliau di luar negara semasa Perang Dunia II. Pengunjung juga boleh belajar tentang pengalaman beliau dalam Perkhidmatan Awam Malaya sebelum menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 1962.

Tun Ismail

Pameran dibahagikan kepada dua bahagian; Bahagian Memorial dan Bahagian Seni.

Bahagian Memorial mengandungi lebih daripada 140 barang peribadi Ismail dan barang-barang profesional.

Bahagian Seni, atau "Pilihan Tun Ismail Ali", mempamerkan lukisan yang diperoleh olehnya untuk koleksi seni BNM (dari 1962-1980).

Dipamerkan di Bahagian Memorial adalah buku, sijil, dan juga Jubah majlis tamat pengajian universiti (beliau menerima pendidikan tertiarynya, bermula 1938, di Cambridge University, Britain di bawah Biasiswa Queen).

Tun Ismail 1947-1950

Kerjaya beliau di perkhidmatan awam bermula pada tahun 1946 apabila dia salah seorang dari dua orang Melayu yang direkrut terus ke dalam Perkhidmatan Awam Malaya.

Selepas Merdeka pada tahun 1957, Tun Ismail pergi ke Amerika Syarikat untuk menubuhkan Kedutaan Persekutuan Malaya di Washington dan menjadi menteri ekonomi. Di Washington, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Bank Dunia yang mewakili Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara dan Afrika.

Tun Ismail Ali

koleksi duit

Bank Negara

Pada tahun 1960, Tun Ismail memulakan kerjaya di Bank Negara Malaya, dua tahun pertama sebagai timbalan gabenor dan kemudian sebagai gabenor.

Bahagian Seni mempamerkan Pilihan Tun Ismail Ali dari senario seni Malaysia.

Kerja-kerja klasik dari Mohd Hoessein Enas, Ibrahim Hussein, Long Thien Shih, Latiff Mohidin dan Syed Ahmad Jamal, yang semuanya menjadi asas pengumpulan seni BNM.

Kebanyakan karya-karya yang dipamerkan mengenai kisah muda negara kita, Malaysia. Kerja seni tersebut mengambarkan tentang kegiatan ekonomi negara pada waktu itu seperti penoreh getah, perlombongan bijih timah dan perdagangan, sementara yang lain didedikasikan untuk kijang.

Syed Ahmad Jamal

koleksi seni

Pameran Tun Ismail Ali: Peneraju Amanah & Integriti (Tun Ismail Ali: Paragon Of Trust And Integrity) di adakan di Galeri dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Aras 2, Sasana Kijang, No. 2 Jalan Datuk Onn di Kuala Lumpur. 

Waktu pameran: 10 pagi hingga 6 malam setiap hari. Untuk maklumat lanjut sila layari: museum.bnm.gov.my. Hubungi 03-9179 2784. Masuk adalah percuma.