Selasa, 5 Februari 2019

Inisiatif Go Green BNM, adakah anda setuju?

Sejak Julai 2013, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengedarkan semula wang kertas RM1 dan RM5 yang hampir baharu untuk semua perayaan di Malaysia. Inisiatif Hijaukan Alam Sekitar Anda (Go Green initiative) ini diteruskan oleh BNM untuk tahun 2019.

Inisiatif Go Green

Menurut BNM, sebelum ini BNM mengeluarkan kira-kira 750 juta keping wang kertas baharu RM1 dan RM5 untuk Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina. Namun, daripada jumlah yang dikeluarkan itu, kira-kira 70% atau 500 juta keping wang kertas disimpan semula ke dalam bank dan tidak digunakan untuk sebarang transaksi pembayaran. Ini merupakan penggunaan sumber negara yang tidak wajar kerana pengeluaran 500 juta keping wang kertas menggunakan lebih daripada 80 tan dakwat dan 2 juta kWh elektrik yang cukup untuk kegunaan 7,500 buah rumah di seluruh Malaysia untuk sebulan.

Orang ramai digalakkan untuk menggunakan wang kertas yang hampir baharu itu sebagai "angpow" kerana wang kertas berkualiti tinggi sahaja diedarkan semula.

Inisiatif Hijaukan Alam Sekitar Anda ialah inisiatif nasional untuk menggalakkan kelestarian sumber dan pemuliharaan persekitaran kita. Langkah usaha sama ini diambil oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Malaysian Environmental NGOs (MENGO) and Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).

Namun, di Facebook rasmi Bank Negara Malaysia, ada yang menyuarakan tentang Inisiatif Go Green BNM:

Chan Chee Woei BNM your know what the meaning of Ang Paw?Inside the Ang Paw money not important for the Chinese New Years festival, the most important is the Ang Paw meaning giving the luck and wish. Not everything with "E" is good without the meaning everything is nothing.

Goh Kang Wei BNM, pls learn the culture and tradition before promoting the unnecessary...

PS Goh Dear BNM, please understand that kids enjoy taking angpao from parents or seniors if everyone is using online angpao it will lost the meanings of giving angpao. Meanwhile, do you think a kids will have a bank account with internet access? How do they know how much of duit raya do they get. If like what you said, please stop making paper note then as it is such a wasted of paper.

U Yong Siew Meng BNM, cuba faham apa maksud pemberian ang pau semasa Tahun Baru Cina sebelum promosikan angpau eletronik(OMG!) . Jangan rosakkan budaya dan warisan kaum Cina.

Kenneth Sim Paper money is not exactly made of paper. It is made of fabric fibres. This is why "paper" money can last longer than ordinary paper. Is BNM is making an issue about printing new notes each year during CNY? Perhaps some people in BNM can get some education on how "paper" money is manufactured.

Champ Li Angpao is meaningless nowadays, u r right BNM. Most people look at the amount inside the angpao only. Face the reality guys.

Misa Ng I guess bnm didn't do their homework.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda bersetuju dengan Inisiatif Go Green BNM?