Ahad, 25 Februari 2018

Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV

Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV telah dilancarkan pada 14 Disember 2017 dan Syiling ini sudah boleh diambil oleh orang ramai yang menang undian Wang Peringatan pada 22 Februari 2018. Duit Syiling ini dikeluarkan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas untuk tempoh lima tahun oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Mesyuarat Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2016. Baginda kemudiannya melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Upacara pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 telah berlangsung pada 24 April 2017.

Sultan Muhammad V

Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan "KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V” tertera di sekeliling duit syiling manakala tarikh pertabalan dipaparkan di bawah potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV.

Jata Agong XV

Reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan jata rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV" dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling bersama-sama dengan nilai muka duit syiling tersebut.

Info tidak rasmi, syiling ini dikeluarkan oleh Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.

Untuk pertama kalinya, BNM menjual Syiling peringatan Perak berharga RM1,000 dan bersaiz besar dan juga jualan syiling tembaga (copper) kepada orang awam. Sebelum ini, syiling tembaga hanya dijual dalam lelongan awam.

Semua syiling emas dilelong dalam lelongan awam pada 10 Mac 2018.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV Emas (pruf)

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Pruf
Logam: Emas (Au999.9)
Nilai Muka(RM): 300 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 300
Diameter (mm): 22
Berat(g): 7.96
Harga Jualan BNM: RM4,000 (harga rezab lelongan)
Harga Pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV Perak Berwarna (mirip pruf)

Sultan Kelantan

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak Mirip Pruf
Logam: Perak (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 150 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 50
Berat(g): 92
Harga Jualan BNM: RM1,000 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV Tembaga (kemasan tanpa kilat)

Sultan Muhammad

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Tembaga kemasan tanpa kilat
Logam: Tembaga (Cu99.9)
Nilai Muka(RM): 15 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM200 (termasuk 6% GST)

Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV Emas Nordic

Agong XV


Sultan Muhammad V

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM11.00 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi sekeping duit syiling mirip pruf perak berwarna dan sekeping duit syiling tembaga kemasan tanpa kilat.
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan BNM: RM1200 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.