Jumaat, 15 Disember 2017

Mana satu jadi pilihan atau semua sekali?

Kali ini ramai yang mengeluh, apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan 2 syiling peringatan dan juga wang kertas peringatan dalam masa yang serentak. Dilancarkan 3 sekaligus dalam masa yang terdekat yang mana satu menjadi pilihan atau mampukah membeli kesemua sekali?

mana satu?

Kepada rakan-rakan yang mampu dan telah bersedia dengan wang untuk membeli koleksi BNM sudah pasti akan rambang mata.

Kepada rakan-rakan yang tak mampu sudah pasti terpaksa mencongak semula belanjawan didalam masa terdekat ini.

Ditambah lagi dengan kejutan syiling perak bernilai muka RM150 yang dijual pada harga RM1,000. Jika anda pengumpul syiling peringatan perak BNM, sudah pasti agak terkejut dengan perubahan drastik yang dibawa oleh BNM kali ini. Masalahnya ia adalah syiling Pertabalan Agong, salah satu syiling yang menjadi kegemaran para collector dan juga reseller semua.

Sudahlah begitu, tarikh pelancaran yang agak dekat dengan tarikh anak-anak masuk semula ke sekolah memungkinkan ramai yang angkat tangan dan kaki daripada membeli koleksi BNM kali ini.

Berikut kami paparkan kemungkinan harga yang anda terpaksa bayar untuk memastikan tidak terlepas dengan koleksi numismatik BNM kali ini. Kami tidak memasukkan syiling peringatan emas didalam pilihan yang ada kerana jika anda mampu membeli syiling emas, bermakna anda tidak mempunyai masalah dengan modal untuk koleksi kali ini.

Jika anda pengemar duit syiling peringatan perak
60 tahun Arkib Negara=RM243.80 (mintage: 500)
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV=RM1,000 (mintage: 500)
Jumlah=RM1,243.80

Jika anda pengemar duit syiling peringatan set 2 dalam 1
60 tahun Arkib Negara = RM296.80 (mintage: 700 set)
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV = RM1,200 (mintage: 500)
Jumlah = RM1,496.80

Wang Kertas Peringatan RM600 = RM1,700

Wang Kertas Bercantum 3 dalam 1 RM60 = RM500

Wang Kertas Peringatan RM60 = RM120

Untuk Syiling Pertabalan Agong XV, BNM tidak mengeluarkan syiling peringatan perak pada saiz 31.1 gram sebaliknya mempunyai berat yang hampir tiga kali ganda (92 gram) dari berat syiling peringatan perak 60 tahun arkib negara. Hanya syiling tembaga yang akan dikeluarkan pada saiz 31.1 gram.

Para pengemar syiling peringatan perak perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM1,243.80 dan jika hendak membeli wang kertas peringatan RM600 yang ada kemungkinan akan dinobatkan sebagai wang kertas terbesar di dunia, anda perlu menambah RM1,700, menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM2,943.80. Suatu jumlah yang agak besar buat collector biasa.

Tepuk dada dan tanyalah poket anda sebelum membeli.