Monday, December 4, 2017

Pelancaran Syiling 60 Tahun Arkib Negara

Pada 4 Disember 2017, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Azemi Abdul Aziz telah melancarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 Arkib Negara Malaysia.

Arkib negara

Syiling Arkib
Puan Yatimah binti Rimun, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelidikan dan Pengembangan; Encik Thomas Tan Koon Peng, Pengarah, Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang, JPW; Datuk Azemi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia and Encik Ihsan bin Hj. Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan.

Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Selasa, 12 Disember 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

arkib logo

Perkataan “60th ANNIVERSARY OF NATIONAL ARCHIVES OF MALAYSIA” tertera disekeliling duit syiling mengikut pusingan arah jam. Logo berwarna jingga keemasan yang dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling melambangkan sambutan ulang tahun Arkib Negara Malaysia yang ke-60.

logo arkib negara

Imej pada bahagian tengah duit syiling memaparkan logo Arkib Negara Malaysia yang terdiri daripada kepingan kertas yang disusun melambangkan dokumen-dokumen dan rekod kebangsaan. Bentuk bintang pada bahagian tengah logo pula berdasarkan bintang pada bendera Malaysia, yang menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia. Perkataan Arkib Negara Malaysia dalam tulisan rumi dan jawi di sekeliling logo menunjukkan tanggungjawab Arkib Negara Malaysia dalam menjaga dokumen-dokumen dan rekod negara. Enam puluh dentil pada sekeliling duit syiling menandakan 60 tahun penubuhan Arkib Negara Malaysia. Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 60 tahun Arkib Negara Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM243.80 (termasuk 6% GST)


Duit Syiling Peringatan 60 tahun Arkib Negara Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 700 set.
Harga Jualan BNM: RM296.80 (termasuk 6% GST)


Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna dan tiga duit syiling emas nordic bagi setiap pembeli). Untuk memudahkan pembelian duit syiling peringatan ini, orang ramai boleh membuat tempahan melalui kemudahan tempahan dalam talian yang baharu. Maklumat lanjut tentang kemudahan tempahan dalam talian, tempahan dan tempoh pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.




Video RTM, Pelancaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia.