Selasa, 8 Ogos 2017

Sistem Balloting untuk Syiling 100 tahun Sawit

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan duit syiling peringatan 100 tahun Industri Kelapa Sawit akan dijual melalui proses pengudian awam untuk memastikan pengagihan secara adil kepada para pembeli. Pendaftaran pembelian akan diterima mulai pukul 7.00 hingga 11.00 pagi pada 9 Ogos 2017 di lokasi jualan.

palm oil coin

Semua pendaftaran pembelian yang diterima akan mendapat peluang yang sama untuk membeli duit syiling ini melalui proses pengundian. Memandangkan jualan duit syiling peringatan ini bukan berasaskan Siapa Dulu Dia Dapat, orang ramai dinasihati supaya tidak beratur di lokasi jualan sebelum pukul 7.00 pagi. Pengundian ini akan diadakan di lokasi jualan mulai pukul 11.30 pagi.

Maklumat Jualan

Tarikh: Rabu, 9 Ogos 2017

Mod Jualan: Pengundian Awam (bukan berasaskan Siapa Dulu Dia Dapat)

Jadual
7.00 pagi: Pendaftaran Tempahan Dibuka
11.00 pagi: Pendaftaran Tempahan Tutup
11.30 pagi: Pengundian
2.00 petang: Pengumuman Keputusan Undian dan Pengambilan

Had Pembelian Maksimum
1 unit set dua dalam satu (Perak Berwarna dan Emas Nordic)
1 unit Duit Syiling Perak Berwarna (pruf)
3 unit Duit Syiling Emas Nordic

Mod Pembayaran
Kad Kredit / Debit / Caj diutamakan dan wang tunai

Kod Pakaian
Pakaian yang sesuai untuk suasana pejabat

Sistem Undian semasa Hari Jualan
Mengikut peraturan yang diberikan BNM, setiap orang hanya boleh membeli 1 Set 2 dalam 1, 1 set Single silver dan 3 keping coincard sahaja. Selain itu, setiap orang akan diberikan tag nombor (tag nombor seperti sebelum ini) dan ianya tidak boleh dibuka sehinggalah duit syiling di ambil dan dibayar di kaunter jualan. Mereka yang menang proses pengundian awam dikehendaki untuk mengambil duit syiling mereka sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama (9hb Ogos).

Jika menurut jadual asal, syiling yang dimenangi hanya boleh di ambil pada jam 2.00 petang dan pendaftaran tempahan ditutup pada jam 11.00 pagi.

Setiap orang dibekalkan dengan Kertas undi bercetak untuk setiap syiling yang dibenarkan untuk dibeli (1 Set 2 dalam 1, 1 set Single silver dan 3 keping coincard). Terdapat dua bahagian untuk kertas undi tersebut; satu untuk dikoyakkan dan dimasukkan ke dalam peti undi dan satu lagi untuk disimpan oleh pembeli untuk digunakan ketika mengambil syiling peringatan yang dimenangi. Jika kedua-dua (kertas undi dan tag nombor ditangan) tidak ada, anda tidak boleh mengambil syiling yang anda menangi.

Pada 9 Ogos, pengundian awam tidak dijalankan di Sasana Kijang, semua pembeli boleh mengambil duit syiling yang ditempah pada jam 12 tengahari. Seatakat maklumat yang diterima, pengundian awam ada dijalankan di Pulau Pinang.