Jumaat, 4 Ogos 2017

Melayu: Gambar-gambar sejarah & artifak (1500-1900 AD)

Muzium Warisan Melayu, dengan kerjasama pengurusan Oasis Village, Ara Damansara akan mengadakan pameran mengenai gambaran awal mengenai 'MELAYU' bermula 5hb Ogos hingga 7hb Sept 2017. Pameran "Melayu: Gambar-gambar sejarah & artifak (1500-1900 AD)" memberi gambaran geografi, alam semulajadi, pemandangan dan rupa MELAYU kepada umum berdasarkan artifak dan dokumen yang dipamerkan.

asal melayu

Gambar sebahagian dari koleksi terpilih hasil cetakan awal (abad ke-18 hingga abad ke-19) yang akan dipamerkan semasa pameran tersebut:

Malay peninsula map

asal melayu

natural history

Perasmian pameran "The Malays: A Pictorial History and Selected Artifacts (1500-1900 AD)" akan di adakan pada 5 Ogos 2017 (Sabtu) yang akan di rasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

jejak langkasuka

Pada 5 Ogos juga, YB Dato' Seri Idris Jusoh akan melancarkan buku "Jejak Langkasuka" pada jam 11.00 pagi di The Art Gallery, Tingkat 1, Oasis Damansara. Buku ini pasti akan menarik pembaca kembali ke zaman kegemilangan tamadun Melayu purba - The Golden Age of Empayar Langkasuka.


The Malays: A Pictorial History and Selected Artifacts (1500-1900 AD)
Tarikh: 5 Ogos hingga 7 September 2017
Tempat: Oasis Village, Ara Damansara

Jom luangkan masa di hari minggu anda menghayati gambaran awal mengenai 'MELAYU'.

Sumber: Muzium Warisan Melayu