Rabu, 16 Ogos 2017

Pelancaran Syiling Sukan SEA 2017

Hari ini, YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Isnin, 21 Ogos 2017 dan akan mula dijual pada Selasa, 29 Ogos 2017.

Datuk M. Saravanan


Syiling Sukan SEA

sukan sea ke-29

Maskot rasmi bernama RIMAU, diilhamkan daripada Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa dan tangkas. RIMAU ialah singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) and Bersatu (Unity). Perkataan "BANGKIT BERSAMA" iaitu tema temasya sukan ini melambangkan ketibaan era untuk negara-negara Asia Tenggara bersatu sebagai sebuah komuniti. Perkataan “SUKAN SEA KE-29” dan “SUKAN PARA ASEAN KE-9” juga tertera pada keliling bahagian atas dan bawah duit syiling.

sukan KL 2017

Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Bahagian tengah duit syiling memaparkan logo rasmi temasya sukan ini iaitu Wau Bulan. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara.

Menurut laporan Bernama pada 16 Ogos 2017, syiling peringatan Sukan SEA 2017 ini adalah hasil rekaan Cik Nurul Iman Azwan, kakitangan Bank Negara Malaysia.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan Sukan SEA 2017 Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 700
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM243.80 (termasuk 6% GST)


Duit Syiling Peringatan Sukan SEA 2017 Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 13,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 1,300 set.
Harga Jualan BNM: RM296.80 (termasuk 6% GST)

sukan sea 29

Sukan SEA ke-29

Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Isnin, 21 Ogos 2017 di pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Jualan duit syiling ini akan bermula pada Selasa, 29 Ogos 2017. Maklumat lanjut tentang jualan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.


Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 dan Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017. Temasya sukan ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia dan Hari Malaysia.