Sabtu, 9 September 2017

Syiling Peringatan Sukan SEA 2017

Pada 16 Ogos 2017, YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Duit syiling ini mula dijual pada Selasa, 29 Ogos 2017 melalui tempahan melalui e-mel atau mengisi borang tempahan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia.

Tempahan dibuat mulai 29 Ogos 2017 dan ianya ditutup pada 5 September 2017 pukul 1.00 tengah hari.

Pada 8 September 2017, BNM mengumumkan keputusan undian untuk tempahan duit syiling peringatan Sukan SEA 2017. Pemenang yang berjaya perlu datang sendiri ke pejabat BNM bersama pengenalan diri yang sah (MyKad untuk rakyat Malaysia / Pasport untuk bukan rakyat Malaysia) bermula dari 8 hingga 12 September 2017 untuk mengambil duit syiling mereka. Duit syiling yang tidak diambil selepas 4.00 petang pada 12 September 2017 akan ditawarkan kepada pembeli dalam senarai simpanan undian.

Rimau

Maskot rasmi bernama RIMAU, diilhamkan daripada Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa dan tangkas. RIMAU ialah singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) and Bersatu (Unity). Perkataan "BANGKIT BERSAMA" iaitu tema temasya sukan ini melambangkan ketibaan era untuk negara-negara Asia Tenggara bersatu sebagai sebuah komuniti. Perkataan “SUKAN SEA KE-29” dan “SUKAN PARA ASEAN KE-9” juga tertera pada keliling bahagian atas dan bawah duit syiling.

Wau Bulan

Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Bahagian tengah duit syiling memaparkan logo rasmi temasya sukan ini iaitu Wau Bulan. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara.

Menurut laporan Bernama pada 16 Ogos 2017, syiling ini adalah hasil rekaan Cik Nurul Iman Azwan, kakitangan Bank Negara Malaysia.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Syiling Peringatan 10 Ringgit Perak Berwarna (peruf) Sukan SEA 2017
Sukan SEA

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 700
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM243.80 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling Peringatan 1 Ringgit Emas Nordic Sukan SEA 2017
coincard

1 Ringgit emas

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 13,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 1,300 set.
Harga Jualan BNM: RM296.80 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.