Isnin, 14 Ogos 2017

Pameran wang palsu di Muzium Seni Asia

Bermula daripada 19 Ogos sehingga 30 September 2017, Muzium Kesenian Asia dengan kerjasama Universiti Malaya dan Kelab Warisan Numismatik Malaysia (KWNM) akan mengadakan Pameran Numismatik Evolusi Wang Palsu di Muzium Keseniaan Asia, Petaling Jaya.

wang palsu

Pada 19 Ogos 2017, satu upacara perasmian akan di adakan bersempena dengan Pameran Numismatik Evolusi Wang Palsu tersebut. Gerai jualan duit lama dan juga ceramah mengenai duit lama akan di adakan di tempat pameran tersebut di adakan. Namun, daripada info yang kami terima, ceramah numismatik tersebut tidak terbuka kepada orang ramai kerana ruang dewan ceramah yang terhad.

Terdapat 2 tajuk ceramah sempena perasmian pameran tersebut:
  • Sejarah perkembangan numismatik Malaysia
  • Evolusi Pemalsuan Numismatik Dahulu & Kini - Mengenalpasti secara asas dan mudah.

Pameran Wang Palsu


Pameran Numismatik Evolusi Wang Palsu
Alamat: Museum of Asian Art, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Tel : 603- 7967 3805 / 7967 3936 / 7967 3849
Fax : 603- 7967 3985

Tarikh Pameran: 19 Ogos sehingga 30 September 2017

Masa Pameran:
Isnin - Jumaat: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Bayaran masuk: percuma