Ahad, 13 November 2016

Duit Peringatan Ulang Tahun Ke-50 BNM

Pada 8 Februari 2009, Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tiga jenis duit syiling peringatan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai merakamkan 50 tahun sumbangan BNM dalam pembangunan institusi kewangan dan menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan.

50 tahun bnm

Bahagian hadapan duit syiling memeaparkan Siluet latar langit Kuala Lumpur dan Putrajaya, mencerminkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara sejak kemerdekaannya. Logo Bank Negara Malaysia tertera pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang, iaitu sejenis rempah tempatan yang dikenali ramai. Bunga lawang ini melambangkan kepentingan perdagangan rempah yang telah menjana pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di rantau ini pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu dan ia digambarkan pada duit syiling Dinar Matahari yang digunakan pada zaman tersebut. Perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia" dan tahun "1959 - 2009" masing-masing tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut.

Sebelah Belakang Duit Syiling memaparkan perkataan "Bank Negara Malaysia" dalam tulisan Jawi ditulis pada bahagian sisi atas duit syiling. Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan dan digambarkan pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang. Nilai muka duit syiling tertera pada bahagian sisi bawah, sementara pending iaitu corak hiasan tradisional Melayu tertera pada bahagian sisi kiri dan kanan duit syiling tersebut.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan telah dijual pada 10 Februari 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Syiling RM1 Emas Nordic 50 Tahun Bank Negara Malaysia
1 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (pruf) 50 Tahun Bank Negara Malaysia
10 Ringgit Perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 400 keping.
Penempa: Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Emas (pruf) 50 tahun Bank Negara Malaysia
50 Ringgit Emas

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas (Au999.9)
Berat: 10.07 gram
Diameter: 25.00mm
Tempaan: 300 keping.
Penempa: Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM50
Harga Jualan: RM1,250
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)



Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 3,500 set.
Harga Jualan BNM: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan BNM: RM1,500
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.