Rabu, 12 Oktober 2016

Kenapa tiada nama pereka syiling Malaysia?

Jika anda ada membaca artikel kami sebelum ini, mengenai pemenang tempat pertama Pertandingan rekabentuk syiling BNM 2016, kami ada mempersoalkan, adakah rekaan mereka digunakan untuk Syiling Peringatan? Kenapa tiada nama designer pada sijil ketulenan (certificate of authenticity) syiling peringatan Malaysia?

Seperti apa yang kami tulis sebelum ini, bagi bukan collector, mungkin ianya adalah suatu perkara yang remeh. Apalah pentingnya rekaan tersebut digunakan ataupun tidak, apa yang penting mereka dah menang RM10,000.

pereka syiling Malaysia

Namun, pereka bentuk duit syiling sebenarnya adalah antara orang terpenting di dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang cantik dan menarik.

Setiap pereka mempunyai stail mereka yang tersendiri.

Di luar negara, ada pengumpul duit lama yang mengumpul rekaan duit syiling yang dihasilkan oleh pereka tertentu kerana obses dengan rekaan yang dihasilkan oleh pereka tersebut.

Di Malaysia, tidak banyak maklumat yang kita ketahui mengenai pereka duit syiling Malaysia.

Dengan adanya maklumat yang dikongsi oleh Tuan Ismail Ibrahim sedikit sebanyak ianya membantu menyelesaikan jigsaw puzzles yang selama ini bermain di benak fikiran kita.

Semasa temuramah dengan beliau untuk artikel Jawapan designer Royal Mint mengenai syiling edaran 2003, kami juga ada bertanya mengenai designer Royal Mint Malaysia.

Menurut beliau, pada sesuatu masa, hanya ada seorang designer utama untuk duit syiling peringatan Malaysia.

Pertandingan mereka bentuk duit syiling di adakan bertujuan sebagai alternatif kepada rekaan yang dihasilkan oleh designer tersebut.

Semasa reka bentuk duit syiling di persembahkan kepada pengurusan, rekaan peserta pertandingan yang terpilih dan hasil rekaan designer akan di angkat bersama untuk ditentukan rekaan mana yang lebih baik.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, rekaan yang terpilih adakalanya perlu dibuat sentuhan semula (touch up) mengikut kehendak pengurusan dan adakalanya hampir mengubah rekaan asal yang dihasilkan oleh pereka tersebut.

Pada pendapat kami, pertandingan juga membolehkan BNM mempastikan rekaan tersebut menjadi hak milik BNM dan bukan lagi milik peserta pertandingan.

Di dalam syarat-syarat pertandingan mereka bentuk duit syiling, pada kebiasaannya terdapat syarat yang berikut:
Semua reka bentuk yang dihantar, sama ada berjaya ataupun tidak, menjadi hak milik Bank Negara Malaysia dan tidak akan dikembalikan. Bank Negara Malaysia berhak menggunakan, mengeluarkan semula, membuat penyesuaian, mencetak dan mengedar reka bentuk duit syiling yang dipilih sebagai pemenang tanpa perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Ini adalah antara salah satu sebab kenapa tiada nama pereka syiling Malaysia pada sijil ketulenan (certificate of authenticity) syiling peringatan Malaysia.

Sebab itu walaupun nama pereka tersebut terpampang di dada akhbar semasa pelancaran duit syiling baru tetapi pereka tersebut tidak akan menyebutnya secara rasmi di mana-mana (website syarikat, profil peribadi atau resume mereka).

Pada pendapat kami, sewajarnya orang yang membuat rekaan duit syiling itu diberikan kredit untuk hasil kerja tangan mereka kerana bukan mudah untuk membuat rekabentuk duit syiling. banyak perkara yang perlu di ambil kira sebelum sesuatu rekaan itu di muktamadkan sebagai duit syiling.

Mereka (pereka bentuk duit syiling) adalah sebahagian daripada sejarah numismatik yang tidak direkodkan oleh Bank Negara.

Pendapat anda bagaimana?