Sabtu, 18 Jun 2016

Auction pertama MyNumismatics 19 Jun

Jangan lupa, esok (19 Jun 2016) ada acara lelongan yang di adakan buat pertama kalinya oleh MyNumismatics Sdn. Bhd. Auction pertama MyNumismatics akan di adakan di Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi.

mynumismatics

Sejumlah 529 lot wang kertas, duit syiling, Medal, Medallion, rubber coupons dan juga buku numismatik ditawarkan untuk dibida pada hari tersebut.

Semua orang dijemput hadir, kepada mereka yang ingin membuat bidaan, anda boleh mula mendaftar sebagai pembida bermula dari jam 8.30 pagi.

Kepada mereka yang ingin membuat bidaan juga, anda masih sempat untuk membuat preview item hari ini (18 Jun) di Kedai Dickson Niew Collection dari jam 1:00pm hingga 6:00pm.

Alamat: Dickson Niew Collection 58, Jalan SS 14/2, SS 14, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Di antara duit syiling yang menarik perhatian para collector adalah set duit syiling peringatan Songket The Regal Heritage peruf 2 dalam 1. Hanya 150 set sahaja yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan harga bidaan awalnya adalah RM1,200.

Anda boleh membaca laporan penuh mengenai acara lelongan ini di artikel; MyNumismatics 1st Auction on June 19.

Pembeli yang berjaya didalam bidaan mereka akan dikenakan caj sebanyak 10% daripada harga bidaan.

Tidak ada lelongan online dijalankan untuk acara lelongan mynumismatics 1/2016.