Ahad, 26 Jun 2016

Berapa harga perak per gram hari ini?

Ada pembaca yang bertanya kepada kami berapa harga perak per gram hari ini? Bagaimana untuk tahu harga pasaran perak dunia. Soalan pembaca ini berikutan daripada persoalan mengenai harga duit syiling peringatan perak yang dijual Bank Negara Malaysia (BNM) lebih mahal dari harga pasaran semasa.

harga perak

Pembaca tersebut juga bertanya, kenapa kami katakan harga duit syiling peringatan perak lebih mahal daripada harga pasaran sedangkan apa yang dikeluarkan tersebut adalah syiling peringatan peruf yang dikeluarkan khas untuk pengumpul duit syiling peringatan?

Pada tahun 2013, harga jualan syiling peringatan perak BNM adalah RM150 untuk sekeping syiling peringatan perak peruf.

Sejak BNM menambah warna pada syiling peringatan perak peruf, harganya meningkat RM50. Untuk rekod, berat duit syiling perak juga ditambah sebanyak 10.10gram. Jika anda masih ingat, semuanya bermula dengan syiling 50 tahun penubuhan Malaysia pada tahun 2013.

Bagi kebanyakan orang, warna pada syiling itu amat menarik tetapi bagi collector seperti kami, ianya tidak memberi nilai tambah kepada rekabentuk duit syiling tersebut, adakalanya menjadikan duit syiling tersebut kelihatan hodoh.

Walaupun ada khabar angin mengenai Kilang Wang Bank Negara telah menerima mesin mewarna duit syiling tetapi khabarnya ia tidak boleh digunakan sehinggalah kontrak dengan kilang di Singapura tamat pada tahun 2018. Ini khabar angin sahaja, jika anda mahu cerita yang sah dan tulen sila bertanya dengan BNM sendiri.

Harga Pasaran Semasa Perak setiap 1 auns (ounce):

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

(Jika anda tidak dapat melihat carta ini, boleh pergi ke Kitco.com)

Duit syiling peringatan perak Malaysia yang terbaru sebenarnya telah dibuat didalam berat 1 auns (1 auns bersamaan dengan 31.10 gram). Oleh itu, anda tidak perlu menukar berat tersebut kepada gram atau sebagainya.

Harga yang dipaparkan didalam carta harga pasaran semasa Perak tersebut adalah dalam Dollar US. Untuk menukarnya kepada Ringgit, anda perlu mencari currency converter. Cara paling mudah adalah menaip di Google sebagai contoh "USD17.72 to MYR".

Currency Converter

Google search akan memaparkan Currency Converter dan nilai matawang Ringgit kepada Dollar US akan terpapar. Harga untuk USD17.72 adalah RM72.55 pada 26 Jun 2016.

Harga jualan syiling peringatan perak peruf sebanyak RM200 (tanpa gst) adalah agak jauh jika hendak dibandingkan dengan harga pasaran semasa perak hari ini.