Thursday, May 12, 2016

Kami tak beli, tak jual & bukan ejen jual beli duit lama!

Maaf, kami tak beli duit lama, kami tak jual duit lama dan kami juga bukan ejen jual beli duit lama. Hampir setiap hari, ada sahaja mesej yang kami terima melalui email ataupun komen-komen di Facebook yang meminta kami membantu mereka mencari pembeli duit lama.

ejen duit lama


Semalam, kami menerima 1 email dari seorang pembaca yang turut sama "mencuba nasib" bertanya jika kami mahu membantu mereka menjual duit lama yang mereka ada.


"hello dan selamat pagi Manager MC,

sejak saya menerima email dari MC ni, saya banyak memahami dan mengenali keistimewaan MC.. :)
By the way, boleh tak saya share cerita dengan Manager MC ni?,
Saya ada duit syiling lama yang bertarikh 1885 America Coin dan 1902 France Coin, saya ingin sangat nak jual kepada sesiapa yang berminat nak beli, Saya Pernah publishkan melalui facebook, online trade, dan shared dengan kawan-kawan, tapi setakat ini tak ada yang bagi respon, So What I realy want to say is, saya meminta bantu mencarikan saya klien (pembeli) dari Malaysia dan Singapore.

Sekian terima kasih :) "

Jika anda betul-betul rajin membaca serta cuba memahami apa yang kami tulis, anda akan faham tujuan kami menulis hanyalah sebagai panduan dan juga rujukan kepada bukan collector supaya anda semua lebih mudah memahami apa yang dikehendaki oleh collector.

Jika anda rajin membaca artikel kami, anda pasti tahu, tidak semua duit lama berharga.

Nak jual duit lama perlu ada ilmu juga, samalah juga dengan nak jual apa sahaja pun. Anda perlu faham duit lama bagaimanakah yang dicari oleh collector dan kenapa collector mencarinya sebelum anda boleh berjaya menjual duit lama anda.

Ada juga yang nak Senarai pembeli duit lama diberikan kepada mereka.

Senangnya hidup, nak jual duit lama, minta senarai sahaja dan jual? Ingat jual beli duit lama ni macam beli kuih tepi jalan ke? Kuih tepi jalan pun kalau tak sedap orang tak beli.

Janganlah terlalu terdesak nak mencari duit mudah sehingga mengundang orang mencari untung dari anda.

Jika kami nak menipu sebagai ajen jual beli duit lama, dah ramai dah yang boleh kami tipu. Siapa nak kami jual duit lama mereka tu minta upah siap-siap dulu, tak kiralah apa syiling sekali pun. Minta anda hantar syiling tu, kalau tak bernilai, kami tunjuk bukti dari buku katalog ke, kalau duit itu bernilai kami jual, untung kami simpan. Kalau nak report polis pun dah anda hantar pada kami, macam-macam alasan boleh diberi, barang dihantar tak diterima, barang telah dicuri, barang dah hantar pembeli tapi duit bayaran tak terima dan sebagainya. 

Untuk pengetahuan bukan collector, dah ramai yang ditipu oleh scammer menggunakan modus operandi seperti di atas. Tak percaya terpulang kepada anda, biasanya orang terdesak ini mudah percaya peluang buat duit yang dijanjikan scammer.

Itu belum termasuk scam tiga segi, anda buat kerja, scammer yang dapat duit.

Di mudah.my sekarang ini, ramai yang menjadi mangsa scam beli duit lama dari Nigeria. Jual lagi duit lama harga tak masuk akal kat mudah.my tu, tak lama lagi anda berpeluang untuk menerima panggilan dari mereka.

Maaf, sekali lagi kami katakan, kami tak beli duit lama, kami tak jual duit lama dan kami juga bukan ejen jual beli duit lama.

Kami hanya berkongsi maklumat mengenai duit syiling Malaysia dan peristiwa yang berlaku didalam numismatik Malaysia.