Sabtu, 26 Mac 2016

Syiling siri ke-3 tahun 2016, anda dah dapat?

Anda dah dapat syiling edaran siri ke-3 tahun 2016, syiling denominasi (5 sen, 10 sen, 20 sen atau 50 sen) mana yang anda dah dapat? Pada tahun 2015, ramai yang mengadu lambat mendapat syiling edaran tahun 2015. Pihak kami sendiri pun hanya dapat melengkapkan syiling edaran tahun 2015 dalam bulan Julai tahun lepas.

50 sen 2016

Bagi bukan collector, mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa istimewanya syiling edaran tahun 2016? Boleh jual mahal-mahal ke?

Untuk makluman anda semua, collector duit lama akan mengumpul setiap keluaran tahun syiling didalam simpanan masing-masing. Syiling tak rare pun kami kumpul dan simpan mengikut tahun, dalam kondisi yang terbaik kami temui. Ada kalanya terpaksa membeli kerana duit syiling rare amat sukar ditemui.

Bukan mudah untuk melengkapkan duit syiling Malaysia mengikut tahun kerana duit syiling rare Malaysia hampir mustahil untuk ditemui didalam edaran.

Untuk yang lebih advance lagi, ada yang mencari variety duit syiling dan cuba untuk melengkapkannya. 

Tahun duit syiling sama tapi ada variety atau penggunaan logam yang berlainan daripada yang asal. Jadi jangan pelik jika ada syiling 1 sen 1976 yang berharga mahal tetapi syiling 1 sen 1976 anda cuma berharga murah.

Jika anda hendak menjual item numismatik, perlu belajar membaca, mencari ilmu supaya faham apa yang dicari oleh collector.

Ramai yang menjual syiling 50 sen longkang/belah tepi dengan harapan menjualnya pada harga yang tinggi seperti didalam senarai Top 10 duit syiling Malaysia termahal.

Jika mereka semua rajin membaca mencari ilmu, rasanya mereka akan faham syiling mereka itu tidak mempunyai nilai yang tinggi didalam numismatik.

Berbalik kepada syiling edaran tahun 2016, pada ketika ini, kami hanya menemui sekeping syiling 10 sen 2016 tetapi kondisinya agak buruk sebab dapat dari pasar borong. Kepada yang bertanya syiling 50 sen 2016 kat dalam gambar itu tak kira? Gambar kat atas tu gambar photoshop/edit.

Ada juga yang bertanya tentang senarai mintage untuk syiling tahun 2012 dan yang terkini.

Rasanya senarai itu agak mustahil diperolehi kecuali jika Bank Negara Malaysia sudi untuk berkongsinya semula dengan collector. Ada juga blog dan Facebook pages yang berkongsi senarai mintage tersebut tetapi bagi kami, kesahihan senarai itu meragukan.

Rasanya syiling tahun 2012 masih banyak lagi didalam edaran, syiling tahun 2015 dan 2016 mungkin agak kurang dikeluarkan. Itu hanya pendapat peribadi kami sahaja.

PS: Apa yang kami bincangkan disini adalah syiling tahun 2016 yang ditemui didalam edaran bukannya syiling tahun 2016 yang ditukar di bank-bank komersial.