Rabu, 23 Mac 2016

Malaysia Numismatic Society Auction 167 dibatalkan

Semalam, blog Sifu Dickson Niew yang juga blog rasmi dari Malaysia Numismatic Society (MNS) memaklumkan bahawa Pengerusi MNS mengumumkan, Malaysia Numismatic Society Auction 167 yang dijadualkan di adakan pada 27 Mac 2016 (Ahad) ini dibatalkan.

Malaysia Numismatic Society

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Persatuan MNS menghadapi sedikit masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dimana mungkin ada peraturan ROS yang tidak dipatuhi oleh persatuan. Buat masa ini, tidak ada maklumat lanjut daripada MNS atau Sifu Dickson Niew mengenai masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka.

Jika ada di antara anda bekerja dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), mohon hubungi Sifu Dickson Niew untuk membantu persatuan MNS menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Anda boleh membaca kenyataan penuh mengenai pembatalan acara lelongan MNS Auction 167 di blog Sifu Dickson Niew; SPECIAL ANNOUNCEMENT ON AUCTION BY MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY.

Untuk pengetahuan anda, Persatuan Numismatik Malaysia atau Malaysia Numismatik Society (MNS) adalah persatuan numismatik tertua di Malaysia, ianya telah ditubuhkan pada 19 Mei 1968. Setiap tahun, MNS akan mengadakan 4 kali acara lelongan numismatik setahun.

Jika kami menerima maklumat terkini, kami akan memaklumkan kepada anda.