Selasa, 1 Mac 2016

Ramai tidak puas hati jualan Syiling Ping Pong

Ramai collector yang tidak berpuas hati dengan jualan Syiling Peringatan Kejohanan Ping Pong dunia 2016 menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di media sosial Facebook semalam. Ada yang menyuarakannya di FB page Malaysiancoin.com, ada yang menyuarakannya di FB page Bank Negara Malaysia (BNM) dan tidak kurang juga yang menyuarakannya di akaun FB masing-masing.

Ping Pong Malaysia

Seperti biasa, kita sebagai collector hanya boleh berharap BNM akan mengambil kira pandangan para pelanggan mereka sejak sekian lama.

Namun, ada juga rakan-rakan yang berseloroh, pegawai di BNM mungkin rasa terkilan apabila blog ini mengatakan harga syiling emas dan perak yang dijual oleh BNM adalah agak mahal berbanding harga pasaran emas dan perak (Rujuk kepada point no. 5 didalam artikel ini: Kenapa Syiling Masjid Negara kurang sambutan?). Sebab itu mereka nak cuba lelong syiling copper (tembaga) pula. Hahaha....

Di dalam mencari pelanggan baru dengan melakukan acara lelongan duit syiling dan wang kertas mereka, BNM seolah-olah terlupa dengan para collector yang sudah sekian lama menyokong jualan syiling peringatan mereka.

Berikut kami senaraikan pujian, rasa tidak puashati dan juga sejarah yang dicipta oleh jualan syiling peringatan kali ini:

1. Sejarah & Rekod Numismatik
Jualan dan pengeluaran syiling Kejohanan Ping Pong kali ini telah mencipta beberapa rekod baru bagi numismatik Malaysia. Berikut adalah pendapat rakan blogger:
  • Pertama kali syiling peringatan Malaysia ditempa menggunakan kualiti 'Matte Finishing' sepenuhnya
  • Pertama kali syiling peringatan Malaysia ditempa menggunakan kualiti 'Mirror Finishing' (proof Like)
  • Pertama kali syiling peringatan Malaysia ditempa menggunakan komposisi 99.99 tembaga
  • Pertama kali syiling Malaysia ditempa dengan saiz 60mm diameter (terbesar).
  • Pertama kali syiling Malaysia ditempa dengan berat 130grm (terberat).
  • Pertama kali syiling peringatan Malaysia dilelong oleh Bank Negara Malaysia.
Read more: Syiling Kejohanan Pingpong Berpasukan Dunia 2016


2. Mintage untuk set single silver lebih rendah dari set 2 dalam 1
Ramai collector yang berebut-rebut dengan set syiling single silver (500 set) kerana jumlah pengeluarannya yang agak rendah berbanding dengan set syiling 2 dalam 1 (2,000 set). Ini bukan kali pertama BNM melakukan perkara sedemikian, pada tahun 2010 semasa jualan Syiling Peringatan 50 tahun Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, mereka mengeluarkan set syiling single silver (400 set) dan set syiling 2 dalam 1 (600 set).


3. Kenapa syiling copper (tembaga) hanya dilelong
Memetik kata-kata pengumpul tegar syiling peringatan:
"Syiling tembaga ini lah yang akan dilelong pada 06/03/2016 dengan harga terendah bermula dengan RM150. Buat 300 keping, lelong 120 keping, lagi 180 keping untuk siapa?"
Read More: Commemorative Coins In Conjunction With The World Team Table Tennis Championships (2016)


4. Berapa banyak syiling yang dijual oleh BNM?
Ramai juga yang menimbulkan persoalan, berapa banyak syiling yang dijual oleh BNM kali ini? Jika anda pengikut setia page FB Malaysiacoin, kami ada melaporkan sebelum ini mengenai masa sesuatu jualan syiling itu tamat di tempat jualan BNM. Walaupun tidak ramai rakan-rakan collector yang membantu melaporkan suasana jualan syiling di tempat masing-masing, apa yang ada sudah cukup untuk kita membuat andaian.

  • Di Sasana Kijang, Syiling single silver habis dalam jam 10.30 pagi dan coincard habis dalam jam 11.30 pagi. Mengambil kira laporan kebanyakkan rakan bahawa di Sasana Kijang sebelum 10.30pagi tidak boleh mengambil lebih daripada satu set setiap satu jenis dan hanya 5 coincard, ada lebih kurang 150 set single silver dan lebih kurang 2,000 coincard terjual di Sasana Kijang pada 29 Febuari.
  • Di Pulau Pinang hanya ada lebih kurang 15 set single silver dijual.
  • Di Johor Bahru, tidak ada collector yang dapat merasa set single silver?
  • Tinggal Sabah, Sarawak dan Terengganu yang tidak ada laporan.

Kami beranggapan setiap cawangan BNM Sabah, Sarawak dan Terengganu juga hanya ada 15 set single silver, jadi secara keseluruhannya hanya ada lebih kurang 210 set single silver yang dijual di BNM? Mungkin paling banyak pun ada lebih kurang 250 set single silver. Di mana lagi 250 set single silver?


5. Reka bentuk baru kotak syiling peringatan
Ramai yang teruja dengan reka bentuk baru kotak syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM kali ini. Sekurang-kurangnya, tidak ada sudah "kotak kertas" seperti sebelum ini. Tidak kurang juga yang mencemuh dengan harga pasaran emas dan perak yang agak rendah, sepatutnya BNM membuat kotak yang lebih baik daripada itu.


6. Isu "Samseng" di BNM Pulau Pinang
Sebelum ini, ada rakan-rakan yang melaporkan mengenai seorang dealer setem yang membawa "samseng" sebagai runnernya di BNM Pulau Pinang (Rujuk artikel sebelum ini; Hari Jualan Syiling 75 tahun Taman Negara). Mungkin perkara ini berlaku di luar pagar BNM tetapi adakah budaya samseng sebegini perlu dibiarkan? Perkara ini masih berlaku selepas hampir 2 tahun pihak kami melaporkannya.


7. Lewat memaklumkan tarikh jualan syiling peringatan
Hans Hanis, menyuarakan seperti kebiasaannya, BNM lambat maklumkan tentang penjualan syiling peringatan mereka. Kali ini agak mengejutkan apabila umum pada hari Ahad dan jual pada hari Isnin. Kadang-kadang ia membantu seseorang collector untuk dapatkan set yang dikehendaki atau sebaliknya.


Kepada rakan-rakan collector yang akan turut serta didalam acara lelongan syiling copper (tembaga) tersebut, kami ucapkan selamat maju jaya.

Kami dah lama boikot mereka sebab sikap yang tidak mesra manusia. Bagi mereka, manusia hanya mereka yang kaya raya serta boleh beli wang kertas mereka pada harga yang tinggi sahaja.

Jika anda ada pendapat serta rasa tidak puas hati tentang jualan syiling peringatan kali ini, sila komen dan berdoa Bank Negara Malaysia boleh baca dan terima pendapat para collector.