Rabu, 16 Mac 2016

MNS Auction 167 pada 27 Mac ini

Pada 27 Mac 2016 (Ahad), Persatuan Numismatik Malaysia akan mengadakan acara lelongan mereka yang ke 167 di Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Jalan Petalawati, Kuala Lumpur. Acara lelongan akan bermula pada jam 10.00pagi dan meja jualan numismatik akan mula dibuka seawal jam 8.30pagi.

mns auction

Semua dijemput hadir untuk menyertai acara lelongan MNS ke-167 tersebut. Namun, hanya mereka yang berdaftar sebagai ahli MNS sahaja yang akan dibenarkan untuk membuat bidaan didalam acara lelongan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh membaca artikel Bagaimana untuk menjadi ahli MNS.

Lelongan kali ini memaparkan Duit timah Tampang Pahang, Wang Kertas Penjajahan Jepun, Wang Kertas Malaysia, Wang Kertas Negeri-negeri Selat, Wang Kertas Malaya, duit syiling Malaysia, Duit syiling Malaya, buku lama numismatik Malaysia, duit syiling Negeri-negeri Selat, duit syiling proof, coincard, medallion, kupon dan banyak lagi barang-barang berkaitan numismatik.

Untuk senarai penuh lot barang-barang numismatik didalam acara lelongan MNS ke-167, anda boleh melihatnya di blog Sifu Dickson Niew; dniewcollectors.blogspot.my.

Sebanyak 240 lot koleksi numismatik daripada ahli-ahli MNS akan dilelong pada hari tersebut.

Persatuan Numismatik Malaysia atau Malaysia Numismatik Society (MNS) adalah persatuan numismatik tertua di Malaysia, ianya telah ditubuhkan pada 19 Mei 1968. MNS mengadakan 4 kali acara lelongan numismatik setahun.