Ahad, 21 Februari 2016

Trigometric Auction 3: 29 hari lagi

29 hari sahaja lagi, Trigometric Sdn Bhd akan menganjurkan acara lelongan mereka Trigometric Auction 3. Acara lelongan itu akan di adakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 20 Mac 2016 (Ahad) dari jam 9.30 pagi dan dijangka selesai pada jam 5.00 petang.

trigo auction 3

Buku Katalog lelongan Trigometric Auction 3 dijangka akan dikeluarkan dalam minggu ini atau selewat-lewatnya pada awal bulan Mac. Bidaan acara lelongan ini juga boleh dilakukan secara online di website www.liveauctioneers.com.

Di antara duit syiling Malaysia yang akan dilelong didalam acara lelongan tersebut:

Malaysia 1967

Set duit syiling peruf Malaysia tahun 1967, kesemua set syiling ini digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC); 1 sen PF67RD, 5 sen PF66, 10 sen PF65, 20 sen PF64 dan 50 sen PF65. Kesemua syiling mendapat Ultra Cameo. Harga lelongan RM15,000.

1 Ringgit 1971

Syiling 1 Ringgit 1971 peruf. Syiling ini digred oleh NGC PF64. Harga lelongan RM5,000.

Untuk pengetahuan bukan collector, ini bukannya syiling biasa seperti apa yang anda simpan. Syiling 1 Ringgit 1971 biasa ada banyak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, 2,378,995 keping kesemuanya. Sila baca artikel-artikel yang ada didalam blog ini sebelum anda membuat komen anda ada syiling ini.

Malaysia 1981

Set duit syiling peruf Ultra Cameo Malaysia 1981, kesemua set syiling digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC); 1 sen PF67RB, 5 sen PF68, 10 sen PF69, 20 sen PF68, 50 sen PF67 dan 1 Ringgit PF68 . Kesemua syiling mendapat Ultra Cameo.

50 Ringgit

Lot Utama untuk acara lelongan Trigometric Auction 3 adalah 50 Ringgit siri ketiga, Nombor siri B/1 000001, digred oleh Paper Money Guaranty (PMG) 64 UNC. Harga lelongan bermula dari RM50,000.

Maklumat Lelongan:
Tarikh : 20.03.2016 (Ahad)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2)
Masa : 9.30 pagi to 5 petang

Pendaftaran Bidder:
Tarikh : 12.03.16 - 20.03.16 (Kecuali Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 6 pm

Pratonton Lot lelongan:
Tarikh : 18.03.16 - 19.03.16 (Jumaat-Sabtu)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 5 pm

Mengambil Lot Lelongan:
Tarikh : 21.03.16 (Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 11 am - 5 pm