Khamis, 8 Oktober 2015

1 sen 1980 Doubled Die Reverse

Jika semalam kita kongsikan mengenai 5 Sen 2008 Doubled Die Reverse, hari ini satu lagi varieties duit syiling Malaysia yang dicari oleh collector serta di iktiraf oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) adalah duit syiling 1 sen 1980 Doubled Die Reverse.

1 sen 1980

Variety 1 sen 1980 Doubled Die Reverse dikongsikan oleh laman web NGC pada 14 Oktober 2014. Namun, di laman web NGC ianya dikongsikan sebagai Double Die Obverse, permukaan hadapan duit syiling ini sebenarnya adalah rekabentuk parlimen seperti yang kami kongsikan didalam artikel; Duit Syiling Parlimen Malaysia

Doubled die adalah istilah dalam numismatik digunakan untuk merujuk kepada unsur-unsur reka bentuk duit syiling yang kelihatan bertindih dua kali pada permukaan syiling tersebut. Doubled dies boleh muncul sebagai garis bahagian luar reka bentuk atau dalam kes yang lebih extreme, tulisan syiling di sebelah kepala dan tahun duit syiling itu muncul dua kali dalam cara yang bertindih.

Numismatic Guaranty Corporation (NGC) adalah syarikat pengredan duit syiling yang berpengkalan di Sarasota, Florida.

Untuk duit syiling 1 sen 1980 Doubled Die Reverse ini, imej berganda boleh dilihat dengan jelas pada tulisan SEN, tahun 1980 dan Bunga Raya di sebelah kanan tahunnya. Anda mungkin memerlukan kanta pembesar untuk melihat imej berganda pada duit syiling untuk mencari 1 sen 1980 Doubled Die Reverse.

Selamat memburu duit syiling 1 sen 1980 Doubled Die Reverse kepada semua.

Sumber: Numismatic Guaranty Corporation