Rabu, 7 Oktober 2015

5 Sen 2008 Doubled Die Reverse

Hari ini kita berbincang mengenai varieties duit syiling Malaysia yang di iktiraf oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC). Salah satu daripada variety duit syiling yang di iktiraf oleh NGC adalah duit syiling 5 Sen 2008 Doubled Die Reverse

5 Sen 2008

Variety duit syiling adalah sebahagian daripada duit syiling yang dicari oleh collector dan ada antaranya yang mempunyai harga yang sangat mahal.

Variety 5 Sen 2008 Doubled Die Reverse dikongsikan oleh laman web NGC pada 14 Oktober 2014.

Doubled die adalah istilah dalam numismatik digunakan untuk merujuk kepada unsur-unsur reka bentuk duit syiling yang kelihatan bertindih dua kali pada permukaan syiling tersebut. Doubled dies boleh muncul sebagai garis bahagian luar reka bentuk atau dalam kes yang lebih extreme, tulisan syiling di sebelah kepala dan tahun duit syiling itu muncul dua kali dalam cara yang bertindih.

Numismatic Guaranty Corporation (NGC) adalah syarikat pengredan duit syiling yang berpengkalan di Sarasota, Florida.

Doubled die pada duit syiling 5 sen 2008 itu berputar dan ianya boleh dilihat dengan jelas pada keseluruhan rekabentuk di permukaan belakang duit syiling tersebut. Anda tidak memerlukan kanta pembesar untuk melihatnya.

Selamat memburu duit syiling 5 sen 2008 Doubled Die Reverse kepada semua.

Sumber: Numismatic Guaranty Corporation

PS: Harap maaf. Pembetulan, NGC tersalah maklumat didalam laman web mereka dengan melaporkan syiling ini sebagai Doubled Die Obverse tetapi yang sebenarnya ia adalah Doubled Die Reverse.