Isnin, 31 Ogos 2015

Isu bendera Malaysia dikibarkan terbalik semasa perarakan?

Hari ini kecoh di Facebook mengenai isu bendera Malaysia Jalur Gemilang yang dikatakan dikibarkan secara terbalik semasa perarakan Hari Merdeka 2015 di Dataran Merdeka. Ramai yang mengatakan cara bendera itu dibawa melintas pentas VIP semasa perbarisan dengan bulan dan bintang dihadapan adalah tidak betul serta memalukan.

bendera Malaysia terbalik

Adakah betul bendera itu telah dikibarkan dengan cara yang salah?

Jika anda membuat carian mengenai "susunan dan kedudukan bendera Malaysia apabila dikibarkan", anda pasti akan menemui maklumat yang dikongsikan oleh Jabatan Penerangan mengenai perkara tersebut.

Didalam artikel itu ada disebutkan:
(b) Bendera Terbentang
Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera.
Info: Maklumat Kenegaraan

Ini bermaksud, kedudukan bendera itu hendaklah sama seperti kita membawanya dengan tiang bendera ketika perarakan, dimana bendera akan berkibar menghala ke belakang perbarisan. bulan dan bintang akan berada didepan dengan jalur gemilang dibelakang.

Jika nak di ambil kira, setiap tahun, ada sahaja yang membincangkan mengenai isu bendera Malaysia dikibarkan terbalik ini. Cuma ianya tidaklah menjadi viral seperti apa yang berlaku untuk 31 Ogos 2015. Mungkin semangat untuk "mengkritik kerajaan" itu agak menebal untuk tahun ini. Jadi, apa sahaja yang boleh akan di kritik tanpa mengira ianya betul atau tidak.

Mengusung bendera terbentang, samalah seperti mengusung bendera dengan tiang bendera.

Etika membawa bendera semasa perarakan tersebut digunakan oleh semua negara di seluruh dunia, bukan setakat Malaysia.

Belajarlah untuk membuat kajian terlebih dahulu dan tidak terus menghukum