Isnin, 6 Julai 2015

5 sen 2009 Penang Bridge Tower

Hari ini kita sambung dengan satu lagi syiling daripada syiling 5 sen Bunga Raya Tower yang dicari oleh pengumpul duit lama. Syiling 5 sen 2009 Penang Bridge Tower adalah antara syiling 5 sen yang mempunyai harga pasaran lebih tinggi daripada nilai mukanya, 5 sen.

5 sen 2009

Kerja pembinaan Jambatan Pulau Pinang bermula pada tahun 1982 dan ianya siap dibina pada tahun 1985 dan mula digunakan secara rasminya pada 14 September 1985 dengan kepanjangan kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ianya dibina oleh Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd dengan kerjasama United Engineers Malaysia Berhad (UEM).

Saya tidak pasti kenapa collector memanggilnya sebagai Penang Bridge Tower tetapi saya beranggapan ianya adalah kerana terdapat bayang-bayang seperti Menara Jambatan Pulau Pinang di belakang sebelah kiri gasing. Jika anda meneliti gambar Jambatan Pulau Pinang, terdapat 2 pasang menara yang terletak di pulau buatan. 

Pada pendapat saya, menara yang kelihatan pada 5 sen 2009 Penang Bridge Tower ini hampir serupa dengan menara tersebut, walaupun bukan 100%.

Penang Bridge

Apakah Ciri-ciri Syiling 5 sen 2009 Penang Bridge Tower?
1. Terdapat bayang seperti tower kecil di bahagian atas sebelah kiri gasing.

Syiling ini agak sukar ditemui tetapi saya bernasib baik dapat menemuinya dalam simpanan saya, setelah memeriksa syiling 5 sen 2009 yang ke-5 sahaja. namun, selepas itu, daripada lebih daripada 100 keping syiling 5 sen 2009, saya tidak menemui skepng pun lagi syiling ini.

Selamat memburu syiling ini kepada anda yang masih belum lagi memilikinya.