Ahad, 5 Julai 2015

5 sen 2007 Oriental Pearl Tower

Hari ini kita bercerita pula mengenai Syiling 5 sen 2007 Oriental Pearl Tower. Syiling ini tersenarai didalam senarai Syiling-syiling 5 sen Bunga Raya Tower yang dicari oleh para pengumpul duit lama. Namun, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa nama asal yang diberikan iaitu 5 sen 2007 Shanghai Tower kurang tepat.

shanghai tower

Kenapa pula kurang tepat?

Cuba anda buat carian mengenai Shanghai Tower dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Tower pada syiling itu tidak serupa pun dengan Shanghai Tower.

5 sen 2007

Apa yang dirujuk oleh kebanyakkan rakan-rakan sebagai Shanghai Tower adalah sebenarnya Oriental Pearl Tower yang terletak berdekatan dengan bangunan Shanghai Tower. Bangunan Menara Oriental Pearl mula dibina pada 1991 dan siap pada tahun 1994. Menara tersebut mempunyai ketinggian 468m (1,535 kaki), ianya adalah bangunan tertinggi di China daripada tahun 1994-2007, selepas itu, bangunan Shanghai World Financial Center mengambil alih.

Apakah ciri-ciri Syiling 5 sen 2007 Oriental Pearl Tower:
1. Terdapat bonggol atau benjolan di bahagian atas besi gasing yang menyerupai Oriental Pearl Tower.

Jika anda mempunyai banyak syiling 5 sen 2007, tidak sukar untuk mencarinya kerana syiling error ini ada banyak didalam edaran. Pada pendapat saya, di antara syiling tower 5 sen, syiling ini adalah yang paling mudah untuk ditemui. Saya mengambil masa tidak sampai pun 2 minit untuk menemui syiling ini. daripada 100 keping syiling, saya menemui lebih kurang 5 keping 5 sen Oreintal Pearl Tower.

Selamat memburu syiling ini kepada anda yang masih belum lagi memilikinya.