Ahad, 21 Jun 2015

Tempat tukar duit lama untuk harga yang tinggi

Seorang pembaca bertanya kepada saya melalui email dimana tempat untuk menukar duit syiling lama? Beliau mempunyai duit syiling lama Malaysia pelbagai denominasi di dalam kuantiti yang banyak. Pembaca tersebut ada mendengar bahawa duit lama mendapat nilai yang tinggi jika ditukar di tempat-tempat tertentu. Namun, beliau tidak pasti dimanakah beliau perlu menukar duit lama untuk mendapatkan harga yang tinggi dari nilai muka duit tersebut.

duit lama

Adakah Bank Komersial menukar duit lama?
Ya. Bank menukar duit syiling lama anda tetapi pada nilai mukanya sahaja. Tidak ada lagi setakat ini saya mendengar Bank menukar duit lama berdasarkan harga pasaran duit lama. Saya telah menulis sebelum ini mengenai perkara ini didalam artikel; Tukar duit syiling lama di Bank.

Menukar duit lama di Bank Negara Malaysia (BNM)
Ya.., apa salahnya. Anda boleh menukar duit lama anda di BNM tetapi seperti apa yang telah saya tulis sebelum ini didalam artikel, where to change old ringgit, apa yang anda dapat dari Bank Negara hanyalah nilai muka syiling atau wang kertas anda. Itu pun jika ianya masih berkeadaan baik dan bukannya duit palsu.

Boleh ke jual di kedai duit lama?
Boleh, kalau kedai tu nak beli tapi kalau setakat duit syiling Malaysia yang tidak bernilai tinggi tu, tak perlulah tanya. Tiada siapa yang nak beli. Apakah duit syiling Malaysia yang tidak bernilai tinggi itu? Boleh rujuk dalam artikel saya sebelum ini; Nilai Duit Syiling Malaysia 1,5,10,20,50 Sen Mengikut Tahun. Kalau setakat nak jual 50 sen terbelah tu, tak payah lah nak angan-angan nak untung ribu-ribu jual duit lama. Kalau syiling luar negara tu, lagilah.., memang kebanyakkan kedai duit lama tak nak.

Bank tak nak, kedai tak nak, jadi dimana nak dapat harga tinggi?
Nak tukar kat Bank dan BNM hanya dapat nilai muka, nak jual kat kedai duit lama pun tak laku. Jadi.., dimana nak dapat harga tinggi untuk duit lama anda? Jawapannya adalah belajar mencari ilmu mengenai duit lama. Bukan semua syiling Malaysia itu bernilai pada collector duit lama. Syiling yang tertulis tahun 1967, walaupun ianya sudah berusia lebih kurang 48 tahun tidak bermakna harganya tinggi.

Jika anda masih baru didalam hobi mengumpul duit lama, sila baca artikel 10 Tips terbaik untuk pengumpul baru.

Duit syiling Malaysia yang dicari oleh collector
Kebanyakkan duit syiling Malaysia yang dicari oleh collector adalah duit syiling rare yang masih lagi tidak dimiliki oleh mereka. Anda boleh merujuknya didalam senarai Duit syiling Malaysia yang berharga.

Jual sendiri itu lebih baik daripada beri orang jual untuk anda
Menjual sendiri duit lama anda itu adalah lebih baik daripada anda menyuruh orang lain menjualnya untuk anda. Walaupun bunyinya nampak mudah, serah sahaja kepada kedai atau orang yang nak jual dan kemudiannya terima duit harga yang anda nak jual tetapi jika ada masalah yang berlaku, rasa menyesal pun sudah tidak ada gunanya. Terutamanya apabila koleksi yang anda suruh mereka jual itu tidak dikembalikan atau wang anda tidak dapat.

kalau anda tak tahu macamana nak jual duit lama boleh baca ni; Panduan mudah jual duit lama.