Tukar duit syiling lama di Bank

Ada orang kata tukar duit syiling lama di Bank dapat nilai tinggi? Mereka kata lagi Bank Negara berminat untuk mendapat duit syiling tertentu seperti duit syiling 10 sen 1972, 20 sen 1972, 50 sen 1975 & 1976 dan juga 20 sen 2002. Dengar kata juga Bank Negara akan membayar sekali ganda untuk wang kertas RM50 dengan logo 50 tahun merdeka. Betulkah apa yang saya dengar ini dan di manakah boleh saya menukar wang lama untuk mendapat harga yang tinggi?

syiling lama

Adakah khabar angin ini betul?
Rasanya ramai bukan kolektor berfikiran sebegini, duit syiling lama boleh ditukarkan di Bank Negara untuk mendapatkan nilai yang lebih tinggi daripada nilai muka wang tersebut. Sebenarnya, jika anda pergi ke Bank Negara, mereka hanya akan mengantikan anda dengan nilai muka duit tersebut dan mereka hanya menerima duit syiling yang rosak/cacat. Bermakna, jika anda mempunyai syiling 10 sen, anda akan mendapat nilai 10 sen juga. Cerita mengenai duit syiling 10 sen 1972, 20 sen 1972, 50 sen 1975 & 1976 dan juga 20 sen 2002 adalah cerita yang direka-reka oleh rakyat Malaysia. Ingat tak pada angan-angan Mat Jenin? Kebanyakan rakyat Malaysia begitu, penuh dengan angan-angan dan suka bercerita walaupun mereka tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu perkara tersebut. Maka timbulah cerita seperti ini.

Jadi dimana saya boleh menukar duit syiling lama dengan nilai yang tinggi?
Anda akan mendapat nilai yang lebih tinggi daripada nilai muka syiling anda jika anda menjualnya kepada kolektor. Namun, bukan semua syiling mendapat harga yang tinggi di kalangan pengumpul duit lama. Jika anda mempunyai duit syiling daripada negara asing, duit syiling yang berkeadaan daif dan kotor, ada kemungkinan pengumpul duit lama di Malaysia tidak akan berminat dengan syiling anda. Anda boleh menjualnya sendiri kepada pengumpul duit lama bukannya susah pun untuk anda berbuat demikian. Saya ada menulis bagaimana untuk menjual duit lama di sini; panduan mudah untuk menjual duit lama.

Saya tak tahu nilai duit saya
Sekarang ini, hampir semua boleh dicari melalui Google. Anda hanya perlu melakukan carian dengan di Google untuk mendapatkan nilai harga duit anda. Jika anda teringin untuk bertanyakan nilai duit syiling anda kepada saya, sila baca dahulu post ini; Nak tahu nilai & harga duit lama. Jika anda mempunyai duit syiling Malaysia, saya ada berkongsikan senarai harga duit syiling di dalam blog ini; Senarai lengkap harga duit lama Malaysia. Namun, anda perlu tunggu untuk saya melengkapkan kesemua entri di dalam post tersebut. Jika entri tidak siap, sila tunggu, saya akan berkongsi mengenainya kemudian. Anda juga boleh membeli buku mengenai harga duit lama, cuba cari buku daripada Steven Tan atau KN Boon. Salah satu daripada buku tersebut sudah cukup untuk anda mendapatkan harga duit lama Malaysia.

Kesimpulannya, cerita mengenai bank mengambil duit syiling lama hanyalah mitos yang direka oleh mereka yang bukannya pengumpul duit lama. Jika anda inginkan harga tinggi untuk duit lama anda, boleh cuba menjualnya kepada pengumpul duit lama. Cuma janganlah berharap menjadi cepat kaya dan menjual duit syiling anda pada harga hilang akal. Harga berjuta-juta dan beribu-ribu itu anda boleh buat tetapi kami (para pengumpul duit lama) hanya akan gelakkan anda kerana andalah Mat Jenin moden.


4 comments:

  1. tehr said...:

    memang salah beranggapan bank akan bayar mahal
    kalau muzium, mungkin la..

  1. Hairul Azni said...:

    Terima kasih atas info bro..persoalan telah terjawab sebab sebelum ni pernah jugak dengar khabar angin macam tu..

  1. Naziman said...:

    Family kami ada banyak duit syiling lama nak jual, tak pernah dengar pula orang kata duit syiling kalau tukar di bank negara jadi berlipat kali ganda. Tapi keluarga kami ikut secara logik, mana mungkin bank negara mahu bagi berlipat kali ganda bagi syiling tak guna. hehe.

  1. Anonymous said...:

    Syiling pun berharga macam artifak juga pada saya...susah musnah..so hobi yg menguntungkan...;-)

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.