Selasa, 9 Jun 2015

Syiling ni dulu saya ada, dah guna

Mungkin ini dah jadi ayat standard orang Malaysia kot? "Syiling ni dulu saya ada, dah guna kot buat beli keropok". Jika tidak pun ada yang berkata bahawa dulu-dulu mereka ada simpan banyak syiling yang kita tunjuk tapi tak tahu ianya berharga maka dah bagi kat orang lain atau sudah digunakan.

Rasanya ramai pengumpul duit lama turut mengalami keadaan yang lebih kurang sama.

50 sen 1967

Di Malaysia ni, ramai sangat orang yang nak jadi Jutawan segera dengan hanya jual syiling 50 sen terbelah.

Walaupun kita dah maklumkan syiling mereka itu hanya berharga RM3 (itupun jika ada orang nak beli), mereka masih berharap yang syiling itu boleh terjual pada harga beribu ringgit seperti berita-berita mengenai lelongan duit syiling Malaysia yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

Apabila kita maklumkan kepada mereka syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 yang "tidak terbelah" atau milled edge itulah sebenarnya yang dicari oleh para collector, maka keluarlah perkataan di atas. Kebiasaannya orang seperti ini (Mat jenin nak jadi jutawan segera) tidak akan berhenti bertanya pada kita sahaja. Mana-mana collector, penjual duit lama atau blogger yang dapat dihubungi akan menjadi mangsa sasaran persoalan mereka.

Nak mencari syiling rare Malaysia didalam wang edaran bukanlah suatu yang mudah sekarang ini berbanding dengan 10 tahun lalu. Walau bagaimanapun, saya masih lagi dapat melihat rakan-rakan yang bertuah mendapat syiling 50 sen 1967 dan 1968 yang "tidak terbelah" dari edaran. betul atau tidak berita yang dikongsi itu, hanya pemilik syiling itu yang tahu.

Salah satu sebab blog-blog saya diwujudkan supaya lebih ramai orang seperti ini faham tentang hobi ini.

Walaupun mereka dengan egonya menjawab tetapi saya tahu manusia yang tinggi egonya inilah yang biasanya akan menjadi pembaca setia blog saya. Kemungkinan mereka tidak mahu ketinggalan dengan rakan-rakan lain mengenai maklumat numismatik. Selain menjaga ego apabila bercerita dengan rakan-rakan mengenai numismatik.

Jika dulu mereka berkata "Syiling ni dulu saya ada, dah guna kot buat beli keropok".

Semoga suatu masa nanti kata-kata itu akan bertukar "Saya takde lagi syiling ni, nak simpan duit nak beli syiling".

Selamat menjadi pengumpul duit syiling kepada rakan-rakan yang baru bermula, rajin-rajinlah membaca mencari ilmu numismatik.