Selasa, 10 Februari 2015

Cari ilmu baru kumpul koleksi

Beberapa minggu yang lepas, saya ada bertemu dengan seorang rakan collector yang telah lama didalam hobi ini. Didalam perbualan kami, diantara perkara yang beliau tekankan adalah "Cari ilmu baru kumpul koleksi" bukannya kejar koleksi dulu dan kemudiannya belajar dari kesilapan.

Cari ilmu

Didalam numismatik, jika kita sedar kesilapan lebih awal, mungkin kerugian tidak sebesar mana. Namun, jika kita lewat tersedar, akan melibatkan kerugian beratus ribu Ringgit. Terutamanya untuk duit syiling perak lama, duit syiling timah dan juga duit emas. Diluar sana, akan senantiasa ada manusia yang menunggu peluang untuk mendapatkan wang mudah dari numismatik.

Pada ketika ini, cara paling mudah untuk mendapatkan ilmu adalah menyertai perbincangan didalam sosial media Facebook. Banyak group-group Facebook yang membuat perbincangan mengikut tajuk seperti syiling error, kupon, token, medal dan sebagainya. Belajarlah daripada mereka, rajin membaca post lama di group-group FB tersebut, bertanya jika anda tidak tahu. Saya ada menulis mengenai group Facebook yang wajib anda sertai disini; Group-group Facebook mengenai numismatik yang wajib anda sertai.

Selain itu, membaca di blog-blog juga boleh membantu anda untuk menambah ilmu. Namun, bukan ramai blogger Malaysia yang aktif menulis. Saya syorkan anda untuk membaca blog berbahasa english di luar negara juga kerana ada di antaranya yang berkongsi syiling mengenai Malaysia.

Saya juga sudah menulis sebelum ini, apa akan jadi bila membeli duit lama tanpa ilmu. Sila baca artikel tersebut untuk memberikan anda gambaran kenapa ilmu itu penting.

Buku juga adalah sumber ilmu yang penting. Namun, di Malaysia ini, buku yang memberi penerangan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara didalam numismatik itu amat sukar dicari. Kebanyakkan buku numismatik yang ditulis didalam negara ini adalah buku mengenai katalog harga. Pada pandangan saya, jika anda buat masa ini berminat untuk mengumpul duit syiling Malaysia sahaja tetapi pada suatu hari  anda terjumpa buku mengenai kupon/token. Saya nasihatkan anda untuk beli dan simpan buku itu, kita tidak tahu jika suatu hari nanti kita ingin "bertukar selera". Buku rujukan yang ditulis oleh Master Sifu Saran Singh adalah satu kemestian kepada para collector.

Sudah beli buku janganlah malas untuk membaca pula. Baca kalau boleh berulang kali sehingga faham.

Jika anda tak tahu apakah ilmu yang perlu anda cari terlebih dahulu, anda boleh membaca artikel saya sebelum ini, Ilmu-ilmu numismatik yang perlu ada pada seorang collector.

Jika kita boleh mendisiplinkan diri kita dari membeli koleksi sebelum kita mempunyai ilmu yang cukup, kita dapat mengurangkan risiko kerugian.