Selasa, 12 Mei 2015

10 sen 1971 V3

10 sen 1971 variety 3 telah dilaporkan sebelum ini oleh Sifu Dickson Niew pada tahun 2013 lagi. Namun, saya tidak pernah berkongsi mengenai ciri-ciri variety 3 untuk duit syiling ini didalam blog Malaysiancoin.com. 

Mungkin ada rakan-rakan yang tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang cuba disampaikan oleh Sifu Dickson Niew sebab ianya berbahasa Inggeris.

Umum juga sudah mengetahui mengenai variety syiling 10 sen 1971 ini.

10 sen

Mengikut sifu Dickson Niew, syiling 10 sen 1971 V3 kebanyakkan di dapati daripada syiling yang di edarkan untuk Kuching dan Johor Bahru. Rupanya secara kasar adalah sama dengan syiling 10 sen 1971 V1 yang mempunyai permukaan lebih gelap dan malap dan adakalanya berwarna kekuning-kuningan.

Syiling ini agak sukar untuk ditemui pada kondisi UNC kerana kebanyakkan yang ditemui adalah dari edaran.

Untuk mengenalinya cukup mudah, anda hanya perlu melihat dengan teliti syiling ini pada angka "0" dinilai denominasi 10 sen. Terdapat tanda lekuk atau garisan seperti tangga disebelah dalam angka tersebut.

Ini terjadi kerana Variety 3 ini kemungkinan berlaku akibat daripada die syiling yang di ukir semula sebelum proses tempaan duit syiling dilakukan. Apabila die telah digunakan banyak kali, ia akan menjadi haus dan cetakan syiling akan menjadi lemah/kurang cantik. Die ini kemudiannya akan di ukir semula untuk memastikan kualiti tempaan syiling dapat dipertingkatkan.

Pada pendapat saya, sudah ramai daripada rakan-rakan yang menemui variety 10 sen 1971 V3 ini didalam koleksi masing-masing. Terdapat juga sesetengah daripada anda yang mempunyai syiling ini dengan kualiti yang tinggi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai syiling ini, anda boleh membaca artikel asal Sifu Dickson Niew: Malaysia 1971 10 cents variety iii.