Sabtu, 14 Mac 2015

Rekod duit termahal bakal dipecahkan Mac ini?

Ramai daripada rakan-rakan yang bertanya kepada saya, bolehkah acara lelongan pada bulan ini, memecahkan rekod duit syiling termahal di Malaysia? Pada ketika ini, duit syiling edaran Malaysia yang termahal pernah dijual adalah pada harga RM81,846.

Trigometric

Esok (15 March), bermulalah salah satu daripada acara lelongan numismatik yang mendapat perhatian dikalangan collector, Trigometric 1st auction yang akan di adakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Ramai dari kalangan pelanggan setia Trigometric Sdn Bhd akan turun untuk memberikan sokongan kepada acara yang julung-julung kali di adakan itu.

Acara lelongan itu akan di adakan di Serunai Suite, Hotel Hilton Petaling Jaya. Acara akan bermula pada jam 9.30am untuk lelongan wang kertas (265 lot) dan 1.30pm untuk duit syiling (73 lot). Secara keseluruhannya sebanyak 338 lot akan dilelong pada acara tersebut. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai acara lelongan tersebut didalam link yang saya berikan di atas.

Selain daripada acara lelongan Trigometric, bulan March juga menyaksikan hampir setiap hujung minggu ada sahaja acara lelongan numismatik yang menarik perhatian collector Malaysia. Minggu hadapan, Mavin Singapura juga akan mula mengadakan acara lalongan mereka yang akan di adakan pada 21 Mac di Concorde Hotel, Singapura. Seminggu kemudian, mereka akan mengadakan satu lagi acara lelongan yang melibatkan duit syiling Malaysia, Malaya, Sarawak, Negeri-negeri selat dan Borneo Utara. Baca lebih lanjut: Mavin Auction 21st March 2015.

Keesokan harinya pada 22 Mac 2015, Persatuan Numismatik Malaysia (Malaysia Numismatic Society-MNS) akan mengadakan acara lelongan mereka di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur. Sebanyak 299 lot wang kertas, duit syiling, buku dan juga barangan berkaitan numismatik akan dilelong di dalam acara tersebut. Semua orang dijemput hadir tetapi hanya mereka yang menjadi ahli dan mendaftarkan diri untuk menyertai acara lelongan boleh menyertai acara lelongan tersebut.

Minggu seterusnya pula, selain acara lelongan Mavin, terdapat juga 1 lagi acara lelongan yang turut di adakan di Singapura, Monetarium Auction 15. Acara itu akan di adakan di Hotel Peninsula Excelsior, Singapura melibatkan sebanyak 1250 lot. Baca lebih lanjut: Monetarium Auction 15.

Untuk makluman anda, Top 5 didalam rekod duit syiling termahal Malaysia itu dipecahkan didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA) yang dimiliki oleh Master Sifu Wong Hon Sum dan CAA tidak ada mengadakan acara lelongan pada bulan Mac ini.

Apa pendapat anda, adakah bulan ini kita kan menyaksikan satu lagi rekod baru dicipta didalam sejarah numismatik Malaysia?