Jumaat, 28 November 2014

Hari Jualan Syiling 75 tahun Taman Negara

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan jualan duit syiling peringatan 75 tahun Taman Negara Malaysia. Ianya mula dijual pada jam 9.00 pagi di Sasana Kijang serta Cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia diseluruh negara.

Terima kasih kepada BNM kerana memberitahu Para pengumpul duit lama, sebulan lebih awal daripada tarikh jualan sebenar. Ini banyak membantu para pengumpul syiling peringatan untuk bersedia dari segi kewangan dan juga cuti untuk mereka yang bekerja.

Muzium BNM

Orang ramai ada yang telah mula berbaris sejak jam 4.00 petang, 27 November di Pulau Pinang. Di Sasana Kijang ada yang sudah mula tiba dan beratur disana sejak jam 6.00 petang, 27 November. Ramai yang risau jika keadaannya sama seperti Hari Jualan sebelum ini dimana berlaku kekecohan di Sasana Kijang serta jumlah pembeli yang ramai.

Namun, tidak ada berlaku sebarang insiden seperti jualan di Sasana Kijang sebelum ini. Walaupun malam semalam saya ada menerima laporan palsu mengenai orang yang mula ramai beratur di Sasana Kijang pada jam 8.00 malam, dimana dikatakan lebih dari 200 orang sudah beratur dan angka giliran dikatakan digunakan semula. Ianya tidak berlaku, suasana di sana tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa datang ke Sasana Kijang. Cuma khabar angin yang kurang senang saya dengar, ada "isu samseng" di BNM Pulau Pinang.

line bnm

beratur beli syiling

pintu sasana kijang

jualan bnm

Rakan blogger Syiling Peringatan yang berada di Sasana Kijang melaporkan suasana terkawal di sana berbanding dengan susana untuk jualan syiling peringatan sebelum ini. Orang ramai walaupun tidak berbaris secara teratur tetapi masih lagi mengikut peraturan. Polis bantuan BNM sudah mula mengarahkan collector berbaris sejak jam 6am lagi. Pintu hadapan diletakkan pita garisan kuning menghalang collector berkumpul disana. Keadaan di sana tidaklah seramai jualan Syiling peringatan 40 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia China. Kaunter sudah mula dibuka sejak jam 9.10 pagi lagi, tidak ada sebarang insiden tidak elok berlaku. Pada jam 10.00 pagi, Syiling Peringatan 2 dalam 1 sudah habis dijual di Sasana Kijang.

BNM Kota Kinabalu

demo di Sabah

Di Sabah, Pada jam 6.00 pagi, sudah ada lebih daripada 50 orang yang beratur disana. Di sana juga tidak ada dilaporkan sebarang insiden yang tidak baik berlaku. Cuma, jika orang ramai yang tak tahu apa yang berlaku, kelihatan mereka didalam gambar ini seperti sedang membuat demo pulak. Hahahaha.... Apa pun, suasana tenang sahaja dilaporkan di Kota Kinabalu, Sabah.

Tidak ada rakan-rakan yang memberi laporan apa yang berlaku di Sarawak.

Di Pulau Pinang, ada berita yang kurang baik di dengar. Rakan-rakan collector yang datang lebih awal dikatakan telah dihalau oleh sekumpulan samseng yang telah di upah oleh seorang dealer. Perkara ini dikatakan telah berlaku pada jualan Syiling peringatan 40 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia China lagi. Rakan-rakan di Pulau Pinang memberitahu saya mereka telah melaporkan perkara ini secara lisan kepada Polis Bantuan BNM tetapi tidak ada sebarang tindakan dibuat. Saya tidak pasti jika ada atau tidak sebarang laporan polis dibuat oleh rakan-rakan di Pulau Pinang. Para samseng ini dikatakan menghalau atau menyuruh mereka yang datang awal ini untuk berbaris dibelakang untuk memberi laluan kepada orang-orang dealer ini berbaris dibahagian hadapan. Mereka mengarahkan orang ramai hanya boleh beratur pada jam 6 pagi?

BNM Pulau Pinang

BNM pulau pinang

Bagi saya, ini suatu perbuatan tidak sihat yang wajar di ambil tindakan oleh BNM. Jika tidak, ada kemungkinan ianya akan menular ke Cawangan BNM yang lain. BNM Cawangan Pulau Pinang perlu juga mengambil inisiatif untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pelanggan mereka. Walaupun mereka ini berbaris diluar pagar BNM, mereka itu pelanggan BNM. Kenapa tidak bantu mereka dari segi keselamatan? Bukan hari-hari pun nak kena jaga, masa jualan syiling peringatan sahaja.

Di Kuala Terengganu dan Johor Bahru ianya akan mula dijual pada Hari Ahad (Mohon betulkan jika saya silap).

Saya tidak pasti jika stok syiling peringatan 75 tahun Taman Negara Malaysia masih ada lagi di cawangan-cawangan BNM tadi. Tidak ada sesiapa melaporkan kepada saya.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu memberikan saya informasi dan gambar terkini apa yang berlaku semasa Hari Jualan Syiling 75 tahun Taman Negara.

Sepertimana sebelum ini, saya memohon kepada BNM untuk mempertimbangkan cadangan para collector yang saya kongsikan sebelum ini; BNM harus ubah cara jual syiling peringatan.