Rabu, 8 Oktober 2014

50 sen sama nilai dengan 2 biji kereta

Ramai daripada anda mungkin terkejut apabila berita yang saya sampaikan pada hari Ahad yang lepas mengenai syiling 50 sen 1969 yang dijual pada harga RM81,846. Harga sekeping syiling itu sahaja sudah hampir boleh membeli 2 biji kereta terbaru Proton Iriz.

50 sen

Namun seperti kebiasaannya apabila berita sebegini tersebar, maka muncullah mat jenin-mat jenin yang beranggan-anggan untuk kaya cepat dengan menjual syiling 50 sen berparit mereka. Siap ada yang nak bagi saya komisen 20%. Hahahahaha.... Inilah tabiat orang Malaysia, membaca malas, nak kaya cepat, sudahnya ditipu dengan skim cepat kaya. Sampai bila pun tidak akan berubah.

Jika anda melihat kepada keputusan acara lelongan yang dilakukan di Singapura tersebut, anda mungkin perasan sesuatu yang pelik tetapi benar, syiling rare Malaysia mendapat harga yang agak tinggi berbanding dengan syiling Singapura sendiri. Kenapa?

Mungkin ada di antara anda yang tak tahu, mengumpul duit lama bukanlah lagi suatu "hobi" bagi kebanyakkan orang. Ianya telah menjadi satu perniagaan dan pelaburan yang amat menguntungkan jika anda dapat menghidu dari mana keuntungan itu akan datang.

Kawan-kawan forum saya yang berasal daripada Amerika Syarikat dan Australia sebagai contoh hanya berusia belasan tahun. Mereka tidak mempunyai budget yang besar untuk dijadikan sebagai pelaburan. Namun, mereka dapat menghidu betapa peluang untuk mendapat keuntungan lumayan daripada syiling Malaysia adalah lebih tinggi buat mereka kerana nilai matawang mereka yang tinggi. Apa sahaja syiling "keydate" yang mereka jumpa ditawarkan secara online akan dibeli oleh mereka. Apabila mereka sudah mula bekerja atau memerlukan modal untuk memulakan perniagaan barulah mereka akan mula menjual syiling-syiling itu kepada.., siapa lagi jika bukan kita rakyat Malaysia. Setiap kali buku katalog terbaru Steven Tan diterbitkan, mereka adalah diantara orang terawal yang akan mendapatkannya.

Pernah dengar tak cerita "Urban Legend" mengenai seorang Collector muda yang dikatakan sudah berjaya menyimpan lebih 300 keping 10 sen 1971? Jika cerita yang disebarkan sejak tahun 2012 itu betul dan kita beranggapan beliau membeli syiling tersebut pada harga RM250 sekeping dan menjualnya pada awal tahun ini pada harga RM500 sekeping, berapa banyakkah keuntungan yang beliau akan dapat? Itu pun jika kesemua syiling itu hanya pada kondisi biasa atau very fine sahaja, jika ada syiling beliau pada kondisi UNC atau Brilliant Uncirculated? Dua tahun sudah boleh mendapat keuntungan sekali ganda.

Kepada bukan collector diluar sana, rajin-rajinlah membaca jika anda hendak menjadi jutawan numismatik. Hobi ini akan memberikan pulangan lumayan jika anda pandai menghidu peluang yang ada.

Seperti apa yang saya cakap sebelum ini, Orang luar sudah mula pandang numismatik Malaysia, adakah kita sudah bersedia?