Rabu, 9 April 2014

Syiling Peringatan Sukan SEA Ke 21

Pada 30 Ogos 2001, sempena dengan Sukan Asia Tenggara ke-21 atau Sukan SEA XXI diadakan di Kuala Lumpur pada 8 September-17 September 2001. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Duit Syiling Peringatan Sukan SEA Ke 21 yang dikeluarkan dalam tiga jenis; RM1 Copper Nickel, RM10 perak peruf dan RM100 emas peruf. Kesemua syiling ini adalah sah diperlakukan (legal tender) dan kesemua duit syiling ini ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia.

Sukan SEA Ke 21

Pada bahagian belakang duit syiling ini memaparkan Si-Tumas, maskot rasmi bagi Sukan SEA XXI sebagai rekabentuk utama dengan dikelilingi perkataan "SUKAN SEA XXI SEA GAMES" serta nilai muka syiling tersebut. Rekabentuk Si-Tumas adalah berbeza mengikut denominasi:
i. Syiling Emas memaparkan Si Tumas bergembira mendapat pingat emas.
ii. Syiling Perak memaparkan Si Tumas didalam sukan renang.
iii. Syiling Copper-Nickel memaparkan Si Tumas didalam sukan gimnastik.

Pada bahagian hadapan memaparkan rekabentuk yang sama, logo rasmi Sukan SEA XXI sebagai rekabentuk utama. Dikelilingi dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan tarikh kejohanan "8-17 SEPTEMBER 2001."

Kesemua duit syiling ini telah ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia.

Syiling $1 ringgit Copper Nickel Sukan SEA Ke 21
1 ringgit sukan sea

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 2001
Nilai Muka: 1 ringgit
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 16.80g
Diameter: 33.7mm
Tempaan (Mintage): 100,000 (BU).
Ketebalan: 2.6mm
Harga Jualan asal: RM5
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai harga Malaysia Coincard)


Syiling $10 ringgit perak Sukan SEA Ke 21
Perak Sukan SEA

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 2001
Nilai Muka: 10 ringgit peruf
Komposisi: .925 perak
Berat: 21.70g
Diameter: 35.77mm
Tempaan (Mintage): 3,000.
Ketebalan: 2.70mm
Harga Jualan asal: RM120
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling $100 ringgit emas Sukan SEA Ke 21
Emas Sukan SEA

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 2001
Nilai Muka: 100 ringgit
Komposisi: .916 emas peruf
Berat: 8.60g
Diameter: 22.00mm
Hanya ada dalam Set 2 dalam 1

Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas dan perak peruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan BNM: RM920
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.