Khamis, 23 Januari 2014

Teknik mudah mengandakan wang anda

Sebelum ini saya ada menulis mengenai buat duit mudah tanpa modal, hari ini saya nak tulis pulak, teknik mudah mengandakan wang anda. Cara ini lebih menguntungkan daripada anda melaburkan duit anda didalam ASB.

Namun, anda memerlukan sedikit modal untuk mengunakan teknik ini. Dah ramai yang melakukan teknik menggandakan wang yang sungguh mudah ini tetapi tidak ramai yang berani untuk melakukannya.

Kenapa tidak ramai yang berani melakukannya? Sebab jika silap langkah, duit yang kita laburkan tu akan terperam didalam masa yang agak lama.

Jika anda tak pandai nak jaga duit lama pula, silap-silap duit anda tu lebur begitu sahaja. Kepada newbies, belajar terlebih dahulu mengenai cara-cara penjagaan duit lama. 

ganda wang


Berapa modal yang diperlukan?
Terpulang pada anda, kalau nak cuba-cuba sahaja, RM100 pun dah cukup tetapi jumlah gandaan wang itu kecil. Rasanya itu perkara biasa didalam mana-mana pelaburan kan?

Apa yang anda perlu buat?
Dah nama blog ni pun berkaitan dengan duit syiling, sudah tentulah pelaburan itu mengenai duit syiling.

Untuk makluman, didalam Hobi numismatik Malaysia ni, ada banyak cabangnya. Di sini saya, senaraikan beberapa contoh cabang/bahagian/bidang didalam numismatik Malaysia:
1. Wang kertas Malaysia
2. Wang kertas Straits Settlements
3. Wang Kertas Malaya & British Borneo
4. Wang kertas penjajahan Jepun
5. Duit syiling edaran Malaysia (Parlimen dan Bunga Raya)
6. Duit syiling peringatan Malaysia
7. Duit syiling Straits Settlements
8. Duit syiling Malaya & British Borneo

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah memilih satu daripada cabang/bahagian/bidang didalam numismatik Malaysia. Ini untuk memudahkan anda fokus didalam satu cabang/bahagian/bidang sahaja.

Kemudian, belajar mengenai duit syiling atau wang kertas tersebut daripada buku dan juga blog, harga pasaran, marketing, permintaan mana yang lebih tinggi, bagaimana dengan jumlah penawaran duit tersebut dipasaran, sejarah harga pasaran duit tersebut dan juga jika ada sesiapa membuat spekulasi mengenai duit tersebut sebelum ini.

Namun, jika anda ingin mengkaji mengenai spekulasi tersebut, pastikan anda dapat membuat penilaian berapa ramai yang percaya mengenainya. Buat spekulasi tapi takde siapa nak pakai cakap orang tu, buang masa jer.

Contoh mudah mengandakan wang anda
Contoh yang paling mudah dan biasanya dilakukan oleh investor-investor didalam duit lama ni adalah duit syiling peringatan dan juga coincard:

Jika anda membeli syiling peringatan/coincard yang baru, risiko untuk sedikit sahaja keuntungan adalah tinggi berbanding dengan peluang untuk menjualnya pada harga keuntungan yang tinggi. Anda perlu mencari maklumat awal yang boleh dipercayai sama ada di Facebook (boleh cari info didalam kumpulan Facebook mengenai Numismatik) atau dikalangan rakan-rakan numismatik mengenai jumlah duit syiling yang dijual kepada orang awam. Jumlah jualan yang sedikit bermakna peluang untuk mendapat keuntungan yang besar.

Jika anda tak kisah nak simpan duit anda didalam tempoh yang lama. Cara paling mudah adalah membeli coincard yang baru dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan menyimpannya didalam tempoh 5 tahun. Cuma pastikan, jumlah mintage yang dikeluarkan tu tidak terlampau banyak atau cara paling mudah nak tau coincard mana yang boleh buat untung ialah ketika hari jualan, BNM menghadkan minimum pembelian coincard tersebut. Jika pada hari jualan, hanya boleh membeli 5 coincard atau kurang, bermakna coincard itu boleh buat untung.

Jika anda membeli syiling peringatan/coincard yang sudah lama dipasaran, anda perlu pastikan syiling/coincard mana yang susah untuk didapati dipasaran atau jumlahnya dipasaran adalah sedikit. Jumlah mintage untuk syiling yang telah dijual BNM pada ketika ini tidak penting sebab kebanyakkannya mungkin telah dibeli oleh collector yang tidak mahu melepaskannya. Lihatlah kepada penawaran dan juga permintaan kepada syiling itu.

Di samping anda membuat kajian, turut serta didalam kumpulan-kumpulan Facebook yang berkaitan dengan syiling peringatan atau coincard. Turut aktif didalam kumpulan tersebut dengan memaparkan gambar duit syiling peringatan yang anda baru beli. Bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberitahu bakal pelanggan anda, anda ada duit syiling tersebut. Apabila ada yang menawarkan harga yang anda ingin capai, jual sahaja tanpa berfikir panjang. Didalam masa yang sama, cari duit syiling peringatan lain yang boleh dibeli dan dijual kemudian pada harga yang tinggi.

Ini sedikit contoh untuk membantu anda memahami Teknik Mudah mengandakan wang anda dengan jual beli duit syiling lama.

Kenapa saya kongsi cara mengandakan wang ini?
Saya kongsikan serba sedikit mengenai teknik ni sebagai membantu rakan-rakan yang hendak menjadi penjual duit lama kecil-kecilan. Pada ketika ini, saya lihat ramai yang main hentam sahaja ketika membeli duit syiling atau wang kertas untuk dibuat pelaburan. Apabila tidak ada orang nak beli, mulalah merungut melabur didalam duit lama ini tidak menguntungkan.

Harga anda beli, Harga yang anda tawarkan, berapa banyak item itu dipasaran, target market anda dan gred/condition item itu adalah di antara faktor yang anda pelu lihat.

Melabur didalam duit lama anda perlu membuat homework, buat kajian, belajar mengenai cara-cara menjaga serta menyimpan duit lama, kaji nilai pasaran serta juga penawaran dan permintaan duit lama. Jika nak lebih hebat lagi, belajar cara-cara membuat spekulasi harga pasaran duit lama.

Saya tak boleh berkongsi semua perkara dengan anda, ada sesetengah perkara anda perlu cari sendiri atau belajar dengan rakan-rakan lain yang lebih pandai dari saya. Saya bukanlah seorang pakar tetapi seorang collector yang lebih suka melihat lebih ramai rakyat Malaysia menyertai hobi ini.