Rabu, 22 Januari 2014

Duit syiling peringatan F1 Sepang 1999

Pada 5 Oktober 1999, Bank Negara Malaysia telah melancarkan syiling kenangan RM15 dan RM25 sempena perlumbaan Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia pada 15 hingga 17 Oktober 1999. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Huang Sing Chong. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Litar F1 Sepang, Tan Sri Basir Ismail dan Pengerusi Boustead Mint Sdn. Bhd., Datuk Lodin Wok Kamaruddin. Syiling peringatan itu dikeluarkan sebagai memperingati buat julung kalinya Malaysia diberi penghormatan menganjurkan acara sukan motor berprestij bertaraf dunia, Petronas Grand Prix Formula One Malaysia yang pertama di Sepang.

F1 Sepang coin

Duit Syiling RM 25 diperbuat daripada peruf perak dengan bahagian hadapannya mempamerkan reka bentuk Menara Kanopi yang menjadi mercu tanda di Litar FI Sepang dengan perkataan ‘SEPANG F1 CIRCUIT’ dan ‘1st PETRONAS MALAYSIAN F1 GRAND PRIX 1999’ di sekelilingnya. Manakala syiling RM 15 pula adalah dari jenis Capro-nikel dengan bahagian hadapannya tertera reka bentuk Litar Antarabangsa Sepang dengan peta Malaysia dengan perkataan ‘SEPANG F1 CIRCUIT’ dan ‘1st PETRONAS MALAYSIAN F1 GRAND PRIX 1999’ di sekelilingnya.

Rekabentuk belakang pula memaparkan nilai denominasi duit syiling tersebut dengan perkataan MALAYSIA dan tahun 1999.

Syiling peringatan 15 ringgit cupro nickel formula 1 sepang 1999
duit sepang F1

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Cupro Nickel (Copper 75%, Nickel 25%)
Berat: 16.80 gram
Diameter: 33.4 mm
Tempaan: 8,000 keping.
Penempa: Bousted Mint Sdn Bhd.
Nilai muka: RM15
Harga Jualan: RM95
Harga pasaran semasa:


Syiling peringatan 25 ringgit pruf perak formula 1 sepang 1999
25 ringgit Formula 1

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf (Silver 92.5%, Copper 7.5%)
Berat: 21.70 gram
Diameter: 35.70 mm
Tempaan: 3,000 keping.
Penempa: Bousted Mint Sdn Bhd
Nilai muka: RM25
Harga Jualan: RM165
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling ini ditempa oleh Boustead Mint Sdn. Bhd. Sepang International Circuit Sdn. Bhd., sebagai penganjur F1 telah menyumbangkan konsep rekabentuk kedua-dua syiling ini. Syiling-syiling mula dijual pada 6 Oktober di Perwira Affin Bank (cawangan terpilih), Bank Simpanan Nasional (cawangan terpilih), Pusat Jualan Litar Sepang dan juga Boustead Mint Sdn. Bhd., Persiaran Selangor, Shah Alam.

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.