Selasa, 7 Januari 2014

Duit Syiling 80 tahun ATM-Angkatan Tentera Malaysia

Pada 20 December 2013, Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80. Pelancaran Syiling Peringatan Sempena Hari ATM Ke-80 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Kewujudan Angkatan Tentera Malaysia bermula dengan pembentukan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933, yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Tentera Malaysia berikutan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Angkatan Tentera Malaysia telah berkembang sejak lapan dekad yang lalu daripada sebuah pasukan tentera kepada Angkatan Tentera Serba Lengkap dan Canggih (Full Spectrum Force).

80 tahun atm

Reka bentuk bahagian hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan ketiga-tiga bahagian Angkatan Tentera Malaysia, iaitu jet pejuang untuk mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kereta kebal untuk mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM), dan kapal selam untuk mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perkataan “ULANG TAHUN KE-80 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA” dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun “1933-2013” yang menunjukkan tempoh 80 tahun kewujudan Angkatan Tentera Malaysia dipaparkan pada bahagian bawah reka bentuk syiling.

100 Ringgit ATM

Bahagian Belakang Duit Syiling peringatan ini memaparkan logo Angkatan Tentera Malaysia. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling tersebut.

Duit Syiling Peringatan RM100 Emas (peruf) 80 tahun ATM
100 ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Gold Proof
Logam:Gold (Au999.9)
Nilai Muka(RM):100
Kuantiti Tempaan (keping/set):500
Garis Pusat (mm):22.0
Berat(g):7.96
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM1,800.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit Syiling Peringatan RM10 Perak (peruf) 80 tahun ATM
syiling perak atm

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Silver Proof
Logam:Silver (Ag92.5)
Nilai Muka(RM):10
Kuantiti Tempaan (keping/set):1,000
Garis Pusat (mm):35.7
Berat(g):21
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM150.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Peringatan RM1 Emas Nordic 80 tahun ATM
RM1 Emas Nordic

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Nordic Gold (B.U.)
Logam:Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM):1
Kuantiti Tempaan (keping/set):25,000
Garis Pusat (mm):30.0
Berat(g):8.5
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM10.
Harga Pasaran semasa: RM? (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 750 set.
Harga Jualan: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan: RM2,000
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan dijual pada 23 Disember 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.