Selasa, 20 Oktober 2015

Senarai pembeli duit syiling lama

"Jika anda adalah pembeli duit syiling lama dan berminat untuk dimasukkan didalam senarai ini, sila komen di dalam post ini. Saya akan masukkan nama anda di dalam senarai pembeli duit syiling lama ini. Jangan lupa untuk beri nama penuh anda, no telefon bimbit dan juga barang-barang yang anda ingin beli." 

beli duit

Saya bercakap pasal ni sebab ramai yang bertanya pada saya dengan siapa mereka boleh jual duit lama, ada senarai pembeli duit lama tak? Ada juga pembaca yang datang ke blog saya melalui keyword "pembeli duit lama". 

Artikel asal untuk post ini saya terbitkan pada 14 Oktober 2012. Sekarang ini dah masuk tahun 2015, dah nak habis tahun pun, dah lebih 3 tahun artikel ini ditulis. Namun, masih ramai lagi yang bertanya senarai pembeli duit lama didalam Facebook, nak nombor pembeli dan nak jual "duit lama" yang mereka ada.

Kejap.., saya nak gelak. Hahahahahahahahahaha.....

Dah la tak baca artikel yang dikongsi nak jual syiling-syiling biasa yang tidak bernilai sehingga beribu-ribu Ringgit.

20 sen 1988 harga RM38,000.

5 sen 1997 harga RM12,000.

50 sen 1967 harga RM27,000.

Saya ada banyak syiling tu semua, anda nak beli 10% dari harga yang anda tanya tu pun saya sudi jual kepada anda, boleh anda dapat untung 90%.

Hahahahahahahahaha....

Kalau kami gelakkan manusia-manusia macam ni mulalah nak komen tunjuk lagak pandai.

Ini antara komen yang nak tunjuk dia bijak tapi bodoh bangang jugak:
"kite ni msg2 ade kelebihan dn kekurangan..jgn marah pd org2 yg tk pndai..itulah guna otai2 dlm bidang ni..anda telah berada lama dlm bidang ini..mereka yg x pandai kebanyakkannya mmg x ambil kisah..mmg cume mencuba nasib..dan jgn lah mengherdik mereka2 yg x pandai ni..kalau salah yg otai bleh terangkan baik2..mana tau ade yg berharga..yg x berharga terangkan secara berhemah..itu je..hehehe"

Terasa ke bang? Kalau dah bodoh bangang tak tahu membaca, tulis apa pun dia takkan faham. Kami takde pun herdik mereka-mereka yang tak pandai, baca betul-betul artikel kami, janganlah cepat emosi.

Kalau tak tahan dengan kata-kata pedas dan sarkastik kami, janganlah baca blog kami. Nanti kena lemah jantung pulak sebab baca artikel malaysiancoin.com.

Nak mencuba nasib?

Ingat numismatik ini macam main jackpot atau nombor ekor ke? Nak cuba nasib bagai. Hahahaha....

Nak jual duit lama yang berharga?

Kita tulis artikel mengenai harga duit lama Malaysia tak baca pun, kerja nak spam saja iklan duit lama yang dia ada. Duit yang hanya bernilai Face Value (FV) nak jual murah-murah pun tiada siapa nak beli jika kualitinya tidak elok.

Dah berapa tahun menulis cara elok, penat sebab soalan yang diterima kebanyakkannya sama sahaja. Memang ramai yang membaca tapi ramai juga yang hanya tekan Like dan kemudiannya datang nak spam iklan jualan duit lama, "mencari nasib" seperti tuan bijak pandai yang memberi komen di atas.

Nak suruh cari pembeli, siap nak bagi komisen, ingat kami ni broker ke? Duit lama ni kira jual berapa ribu Ringgit pun collector nak beli? Hahahahaha.... Agak-agak ler, akal letak dilutut ni susah.

Banyakkan membaca mencari ilmu, bukan semua duit lama itu berharga.

Jadi, duit lama apakah yang berharga?

Anda carilah sendiri didalam blog ini, belajar guna "button search" disebelah kanan tu, cari "duit lama berharga". Kalau tak jumpa juga, pergi Google dan buat carian "Malaysia Rare Coins".

Duit syiling lama yang dicari tidaklah bermakna ianya boleh dijual sehingga beribu-ribu Ringgit, ada banyak sebab kenapa duit lama boleh terjual beribu ringgit. Saya dah tulis dalam blog ni, buat carian, belajar membaca mencari ilmu numismatik lagi baik dari buang masa "mencuba nasib" spam iklan duit lama anda yang tidak berharga tu.

Blog ini bukan tempat jual beli, maklumat kami dah kongsi dalam blog ni, silalah baca dan cari maklumat yang kami dah kongsikan.

Jika anda berharap untuk mencuba nasib dengan meninggalkan nama dan nombor telefon anda untuk mempromosi duit lama disini, saya akan terus padamkan komen tersebut dan anda akan diban dari memberi sebarang komen. Oleh itu jangan buang masa anda spam ruangan komen untuk menjual duit lama anda di sini.