Khamis, 22 Oktober 2015

Exonumia: bukan wang tetapi koleksi

Salah satu daripada cabang numismatik yang menarik untuk anda cuba ialah Exonumia. Exonumia didalam bahasa mudahnya bermaksud barang-barang seperti token atau medal yang menyerupai seperti syiling tetapi ia tidak bertujuan untuk di edarkan sebagai wang dan tidak mempunyai nilai legal tender.

Token LRT

Medal kebiasaannya tidak ada nilai wang pada "syiling" tersebut serta tidak bertujuan untuk digunakan sebagai wang. Token pula pada kebiasaanya digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan.

Di Malaysia, ada token yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tempatan dinegara ini untuk digunakan oleh orang ramai yang mengunakan perkhidmatan mereka. Di masa hadapan, token-token ini akan digantikan dengan teknologi yang lebih baru dan rupa bentuknya juga mungkin berubah seiring dengan peredaran masa.

Perubahan kepada token-token ini boleh memberikan maklumat sejarah mengenai syarikat-syarikat tersebut dimasa hadapan.

Kos untuk mengumpul token juga adalah amat murah, jika anda menukar token dengan wang ketika ianya masih lagi dikeluarkan oleh syarikat yang terbabit mengeluarkan token tersebut dalam ertikata lain, ketika syarikat itu masih lagi beroperasi. Harganya mungkin akan meningkat apabila ramai yang mencari token tersebut dimasa hadapan.

Rekabentuk dan juga material yang digunakan untuk membuat token adalah pelbagai dan amat menarik untuk disimpan.

Di Malaysia, kebiasannya token yang dikumpul adalah daripada token yang dikeluarkan oleh:
  • Token Permainan Arcade
  • Taman Tema (Amusement park)
  • Rumah perjudian (casino)
  • Bank Negara Malaysia
  • Token Perkhidmatan Pengangkutan
  • Token Kelab Persendirian


Terdapat juga token dan medal yang dikeluarkan oleh:
  • Syarikat perlombongan
  • Syarikat Perladangan
  • Kilang
  • Bank perdagangan
  • Kilang Wang Swasta
  • Syarikat Swasta untuk menghargai pelanggan atau kakitangan mereka

Terpulang kepada anda jika ingin mencuba cabang numismatik yang baru. Exonumia bukannya suatu bidang yang baru di negara ini tetapi masih ramai yang tidak tahu.