Selasa, 30 Oktober 2012

Duit $1 Bandaraya Kuala Lumpur 1972

Duit syiling peringatan Penganugerahan Taraf Bandaraya Kuala Lumpur 1972 (Malaysia $1 1972 coin) dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sempena memperingati tarikh Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandaraya pada 1 Februari 1972. Kuala Lumpur adalah kawasan pertama di Malaysia yang mendapat taraf bandaraya selepas Malaysia merdeka. Walaubagaimanapun, syiling ini hanya dikeluarkan setahun kemudian, iaitu pada 1 Februari 1973. Syiling yang diperbuat daripada copper-nickel itu dikeluarkan sebanyak 500,000 keping dan dijual pada nilai mukanya $1 sahaja. Sebanyak 500 keping lagi adalah copper-nickel proof.

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur 1972

Pada Muka belakang syiling ini memaparkan simbol $1 dengan tahun 1972 dan perkataan "PENGANUGERAHAN TARAF BANDARAYA". Pada muka hadapan syiling ini memaparkan lambang Bandaraya Kuala Lumpur dengan motto "MAJU DAN MAKMUR" dan tulisan "KUALA LUMPUR". Berat syiling adalah pada 16.50g dan mempunyai diameter 33.30mm.

1 Ringgit 1972

$1 Penganugerahan taraf bandaraya Kuala Lumpur 1972
Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1972
Nilai Muka: $1
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 16.50g
Diameter: 33.30mm
Tempaan (Mintage): 500,000 pcs
Ketebalan: 2.55mm
Harga Pasaran semasa: (Rujuk Nilai harga duit syiling 1 ringgit)

$1 Penganugerahan taraf bandaraya Kuala Lumpur 1972-Pruf
Komposisi: Copper-nickel pruf.
Tempaan (Mintage): 500 pcs
Harga Pasaran semasa:
klik utk info: Apa itu duit syiling proof.

Kuala Lumpur dikatakan mula mendapat namanya pada tahun 1850-an, apabila Ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh-buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar. Mereka mendarat di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang. Sungai Gombak sebelum ini dikenali sebagai Sungai Lumpur, yang bermaksud sebagai sungai berlumpur. Nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", yang bermaksud ikatan lumpur. Apabila masa berlalu namanya bertukar kepada Kuala Lumpur yang bermaksud "kuala berlumpur".

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.